Friday, 25 September 2026

Kenduri @Kuantan

Sabtu, 18hb Julai 2026

Bila terima jemputan kenduri nikah kawen daripada sahabat seperjuangan haruslah kita cari masa untuk memenuhi undangan. Alhamdulillah setakat ini saya berpeluang memenuhi undangan sahabat handai walau di mana jua venuenya. Terimakasih kepada hubby yang tidak lokek berbelanja (all expenses paid) untuk isteri terchenta. 

Kali ini kami ke Kuantan sempena perkahwinan anak ke-4 sahabat saya. Depa buat kenduri di Hotel Sri Manja, Kuantan. Alhamdulillah dapat bertemu dengan sahabat dan kawan-kawan yang dah lama tidak bersua muka. Paling penting, walau terpisah dek masa, ukhuwwah dan kemesraan tetap sama.

Housemates since A-level hingga habis belajar.


Geng/housemates Beechgrove Road, Newcastle. Mak pengantin berbaju purple cair, no-2 dari kiri.

Geng Newcastles.

Geng/housemates A-Levels.

Pengantin lama.❤

Terimakasih kepada tuan rumah atas jemputan. Makanan sedap, dewan yang selesa dan penuh dengan gelak ketawa. Makan, sembang, makan, sembang hingga tak sedar masa berlalu dengan pantas. Semoga pengantin kekal bahagia hingga akhirnya. 🌹

Sekian.😊

No comments:

Kenduri @Kuantan

Sabtu, 18hb Julai 2026 Bila terima jemputan kenduri nikah kawen daripada sahabat seperjuangan haruslah kita cari masa untuk memenuhi undanga...