Sejak bumi terchenta ini dilanda jerebu, banyak aktiviti luar saya tergendala. Saya pulak jenis suka duduk bermesra dengan alam, kekangan kepada aktiviti outdoor ini makin menyesakkan nafas saya. Namun kita anggap sahaja ini ujian alam dan isikan dengan aktiviti indoor yang lain.
Semalam, pepagi lagi saya keluar menemani hubby buat kerja di Zus Coffee Ukay Perdana yang cuma sepelaung dari rumah saya.
![]() |
| Coffee & pastry. |
![]() |
| Keadaan jerebu yang agak teruk dari jendela Zus. |
Usai buat kerja, saya dan hubby ke Putrajaya menghabiskan masa Cuti Hari Malaysia bersama anak-cucu. Masih lagi dalam kawasan indoor dek jerebu, kami hanya melepak dalam rumah. Puas dalam rumah kita sambung aktiviti jalan-jalan cuci mata dalam shopping mall pulak. Kami ke Alamanda Putrajaya.
![]() |
| Dengan menantu sulong dan cucu boy nan seketoi |
![]() |
| Half of Tok Ayah's Girls... |
Dah alang-alang ke Alamanda, haruslah nak merakam kenangan di kawasan pokok buluh yang menjadi landmark Mall ini. Beberapa kali datang ke sini asyik tak sempat je, so kali ini kita heret cucu no-6 sekali. Walaupun keadaan jerebu kita cipta kenangan laju-laju. 😁
![]() |
| Dengan cucu no-6. |
Hari ini, pepagi lagi saya dah keluar ke halaman rindu melihat-lihat suasana. Keadaan jerebu macam dah semakin baik. Ayuhlah kita teruskan perancangan memangkas beberapa pokok dalam pasu. Saya cuma duduk memangkas selama 30 minit sahaja. Kemudian siram semua pokok sebelum masuk ke dalam rumah semula memandangkan keadaan makin berjerebu pulak. Melewati usia emas ini makcik kena lebih berhati-hati menjaga kesihatan.
![]() |
| Keadaan matahari pagi dalam jerebu. |
![]() |
| Dedaun yang dipangkas. Lepas ni nak kena sapu, kumpul dan buang. |
Alhamdulillah dapatlah mengeluarkan peluh dipagi hari ini. Semoga terus sihat hingga keakhir usia. Aamiin.🌹
Sekian.😊







No comments:
Post a Comment