Friday, 25 September 2026

Majlis Aqiqah Cucu no-6

Sabtu, 29hb Ogos 2026

Setelah cucu ke-6 saya berumur lebih 3 bulan keluarga sebelah besan saya mengadakan majlis kenduri Aqiqah di rumah mereka di Shah Alam. Kebetulan mereka baru berpindah ke rumah baru maka disekalikan dengan kenduri house warming. Depa jemput kami sekeluarga. Haruslah kita nak gerak satu batalion. Malangnya anak-menantu no-2 tak dapat hadir kerana menghadiri kenduri kahwin di Johor. Menantu ke-4 saya pulak masuk wad kerana (suspected) komplikasi kandungan ke-2. So kita berpada sahajalah dengan apa (siapa) ada. 

The proud Mami dan baby Rose.🌹

The cousins…

Sekampung… missing Om, Cida & Cikya.

The proud Grandparents…

Seperti biasa, bila berkumpul anak-beranak ada sahaja topik yang nak dibualkan. Walau selalu sahaja berkumpul tetaplah ada cerita yang tak sudah. Tak habis bersembang di rumah kenduri kita sambung mengopi anak-beranak di kafe Moss Coffee & Goods, Seksyen 3, Shah Alam pulak. Boleh tahan jugak kedainya. Siap ada tempat lepak budak-budak bermain.

Biar budak-budak bermain sementara orang tua bersembang.

Kita borak santai sahaja sebelum pulang.

Usai mengopi, Nenek dan Tok Ayah ke rumah anak sulong di Cyberjaya pulak dan stay sampai malam sebelum balik ke sarang di Ampang. Alhamdulillah selesai urusan seharian. Semoga Allah limpahkan rahmah ke atas keluarga kecil kami dan dikurniakan rezeki yang barokah sehingga akhir hayat. Aamiin. 🌹 

Sekian.😊

No comments:

Kenduri @Kuantan

Sabtu, 18hb Julai 2026 Bila terima jemputan kenduri nikah kawen daripada sahabat seperjuangan haruslah kita cari masa untuk memenuhi undanga...