Wednesday 24 January 2024

Shah Alam: Teman (tunggu) hubby meeting & sambil me-time

Tiga hari ini saya menemani hubby ke program di Shah Alam. Kami gerak dari rumah dalam pukul 1:00 tengahari rembang dan singgah makan tengahari di Restoran Cili Merah dahulu sebelum check-in di Hotel Concorde pada pukul 3:00 petang untuk dua malam.

Sedap rasa kari ayam dipadankan dengan ikan gelama masin.

Sementara hubby mula program pada pukul 3:15pm hingga habis sesi petang, saya duduk-duduk dalam bilik hotel sahaja. Cuaca mendung dan hujan gerimis di luar menambahkan rasa malas untuk ke mana-mana. Dari bilik hotel di tingkat 10, jelas kelihatan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz yang tersergam indah. (Tiba-tiba ada rasa syahdu menyelimuti diri). 

Bangunan masjid seakan arca lukisan di dinding.

Dalam cuaca mendung dari tingkat 10, Hotel Concorde.

Hujan gerimis.

By pukul 6:30 petang, hubby habis meeting sessi petang, kami keluar jalan-jalan cari makan. Di sekitar hotel ni memang banyak kedai dan gerai menjual makanan, walking distance sahaja. Kami makan di gerai (food court) belakang hotel. Lupa pulak nama tempatnya. Tak cukup makan, saya take away satay (Gerobok Satay) buat bekal makan di hotel sementara hubby sambung meeting sesi malam.

Masjid dalam suasana malam, buruk pulak gambar bila ada reflexion dari cermin tingkap.

Esoknya, sementara hubby meeting hari kedua saya keluar jalan-jalan (dengan izin) sekitar Shah Alam. Awalnya saya beriya mencari/search tempat-tempat yang menarik untuk dilawati. Banyaklah yang pakcik Google cadangkan. Tapi bila difikir-fikirkan rasa macam tak sesuai pulak makcik nak jalan sorang-sorang. Akhirnya saya ambik keputusan untuk ambik berkat dalam Masjid sahaja. Sejak semalam dok meninjau dari jauh sahaja maka hari ini kita ambik peluang untuk melihat dari dekat. So, usai sarapan saya drive ke masjid yang mengambil masa hanya 5 minit. Saya hanya duduk-duduk sambil buat apa yang patut. Ada jugak beberapa geng makcik yang duduk berehat sama. Kita angguk dan senyum sahaja sambil buat hal masing-masing.

Haruslah tanda tempat parkir dulu, takut nanti tak memasal tak jumpa jalan pulang.

Suasana dalam masjid yang tenang dan lengang.

Dah selesai urusan di masjid saya teruskan perjalanan ke AEON Mall pulak. Rasa tak sah hidup kalau tak cuci mata dalam shopping mall. Katanya, hidup harus seimbang, ada masa kita duduk beribadat, ada masa kita enjoy. Sebelum itu kita lunch di The Chicken Rice Shop dulu. Saya order nasi ayam plus satu set nyonya pie tee dan air 3 layer tea. 


Alhamdulillah, walau dalam restoran agak crowded tapi makcik boleh duduk makan sorang-sorang. Saya pilih tempat paling luar, so sambil makan sambil melihat gelagat manusia yang lalu-lalang. Ramai yang datang berdua, bertiga dan dengan keluarga. Paling ramai mereka yang bekerja dan keluar ofis waktu lunch hour, so kita duduk-duduk sambil join the crowd. 

Semua licin kecuali nasi… selalunya memang saya mintak nasi separuh tapi sebab di sini depa dah buat set, maka terpaksalah makan setakat yang mampu sahaja. (Moga Allah ampunkan dosa).

Usai makan, seperti biasa kita pusing mall cuci mata dan bawak balik hasil tangkapan sehelai dua baju bagi menggantikan baju-baju lama yang dah lusuh dan kecut sejak makcik dah membesar dengan jayanya. By the time saya balik hotel semula cuaca di luar dah mula mendung serta guruh dan kilat sabung-menyabung. Tidak lama kemudian hujun turun dengan lebatnya. Lagi sekali makcik hanya duduk di bilik sambil memandang keluar jendela melihat kejadian alam.

Keadaan langit dengan awan gelap pada pukul 4:00 petang…  macam nak malam.

Hujan mula turun… dan awan gelap mula hilang.

Alam diselubungi air hujan yang mencurah-curah.

By maghrib hujan dah mula reda dan langit menghadirkan lembayung senja. Sungguh, saya ralit menikmati kejadian alam langit yang bertukar corak dan warna di balik jendela. (Dek kerana hp saya tak berapa power, maka kita capture momen-momen indah dalam kenangan/memori sahaja).

Selepas hujan reda...❤

Di bawah lembayung senja.

Semoga Allah kekalkan keamanan di bumi yang tercinta ini. Aamiin.

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....