“Mas gi mana cuti ni?” Banyak kali jugak pertanyaan ini singgah sepanjang cuti Krismas dan cuti awal tahun baru ni. Memandangkan saya sentiasa dalam fasa bercuti (baca: pencen duduk rumah) maka saya kurang terkesan dengan apa-apa hari cuti rasmi. Orang cuti atau tidak sama sahaja bagi saya. Tapi bila hubby ajak teman ke mana-mana, maka jadilah ia percutian untuk saya.
Kebetulan hari ini dan semalam hubby ada meeting di Port Dickson, maka kita dengan senang hati mengekor ke mana sahaja. Dah alang-alang ke arah selatan kita en-route singgah sarapan pagi di Bangi dahulu kemudian ke rumah cucu di Putrajaya, seterusnya mengopi sebelum meneruskan perjalanan ke Port Dickson.
|
Mengopi @Gloria Jean’s, Conezion. |
|
Cantik pulak hiasan dinding kedai depa ni. |
|
Sarapan @Restoran Nasi Berlauk, Bangi. |
Kami tiba di hotel Villea, dahulunya PNB Ilham Resort, Port Dickson dalam pukul 3:00 petang. Depa bagi bilik di tingkat 7. Oleh kerana meeting yang sepatutnya bermula pada pukul 3:00 petang, ditunda ke malam hari maka kita gunakan masa berbaki itu dengan program santai sekitar hotel.
Dari tingkat tujuh nampak jelas laluan masuk ke Tanjung Tuan (Cape Rachado). Katanya di sana ada kawasan Bukit Batu Putih yang cantik. Saya tak pasti tahap kesukaran untuk tiba di sana tapi kalau Bukit Dinding di Wangsa Maju pun saya dah surrender, takde maknanya saya nak berangan untuk ke Tanjung Tuan pulak. So kita tengok sahaja monyet-monyet yang bergayutan di kawasan hutan sana.
|
Pintu masuk laluan ke Tanjung Tuan di sebelah lobi hotel (dari tingkat 7). |
|
Kawasan kolam mandi hotel yang agak luas. Ada kids dan adult pool. |
|
Selpi wajib, laki-bini. |
|
Kawasan pantai, private beach, belakang hotel. |
Satu hal yang kurang menarik, hotel ni terletak agak jauh dari pusat bandar, jalan ke sana pun agak sunyi dan lengang. Maka sebaiknya sediakan (bawa bekal) makanan yang sesuai dengan tekak yang mencukupi sebab tiada kedai makan yang berdekatan. Nak order Food Panda pun tak sampai hati memikirkan jalan yang terpaksa depa tempuhi untuk tiba di hotel. Kami dinner di cafe hotel sahaja walaupun tidak menepati piawaian dan tidak berbaloi dengan harga yang dibayar.
|
Fetuchini carbonara katanya. |
Usai dinner, hubby sambung meeting hingga lewat malam. Esoknya, usai sarapan depa sambung meeting lagi hingga lunch hours. Maka duduklah makcik pandai-pandai membawa diri.
Saya jalan-jalan di sekitar lobi hotel sahaja. Ramai pulak pengunjung (foreigner) datang letak/susun beg di lobi hotel, mungkin untuk check-in petang nanti. Macam ada program besar sahaja. Malas nak berlama-lama, saya terus naik lif ke bilik. Sambil itu kita intai lagi main entrance ke Tanjung Tuan. Melihatkan pengunjung makin ramai, hati seakan teringin untuk turut sama melawat kawasan Bukit Batu Putih yang famous itu. Malangnya kudrat seakan tidak mengizinkan. So kita simpan sahaja keinginan itu di sudut hati.
|
Kita intai lagi pintu utama ke Tanjung Tuan... ambik aura. Pengunjung pun dah mula ramai. Depa buka dari pukul 7 pagi hingga 6 petang. |
|
Deretan kereta pengunjung ke Tanjung Tuan. |
|
Kolam renang dan pantai dari balkoni bilik hotel dengan laut yang terbentang. |
Apa yang best, bilik hotelnya agak selesa (upgraded), macam baru dan bersih, aircond sangat sejuk dan wifi connection sangat laju. So boleh la kita me-time sambil rileks-rileks update blog dan tengok netflix di balkoni bilik hotel.
|
Tidak lupa... kudap-kudapan. |
|
Sambil melihat laut. |
By pukul 12 tengahari, hubby habis meeting dan kami terus gerak ke Putrajaya pulak. Another break away di Zenith Putrajaya. (Kali ini kita cuti betul-betul). Semoga Allah merahmati.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment