Sunday 21 January 2024

KL East Mall: Teman (tunggu) Hubby meeting

Beberapa hari lepas, Hubby ada meeting  with a colleague pada pukul 10:00 pagi di KL East Mall. So dah alang-alang nak keluar pagi, kita awalkan keluar rumah supaya boleh sarapan dulu. Asalnya nak sarapan dalam mall sahaja, lupa pulak yang opening hours mall bermula pukul 10 pagi, bermakna semua kedai hanya akan dibuka pada pukul 10 juga. So kami singgah sarapan di Q-Bistro, PV sahaja. By pukul 10 pagi baru kami sambung perjalanan ke KL East Mall.

Telur separuh masak as always… plus teh tarik halia.

Dah tembam pun masih dengan teh tarik.

Kami tiba dan parking di Basement 1. Katanya meeting hanya akan ambik masa satu jam sahaja. So saya bajet depa akan bersurai paling lewat dalam pukul 11:30 pagi. Lepas tu janji nak gi beli groceries di Jaya Grocer sama-sama. Sementara hubby bermeeting, saya jalan-jalan window shopping keliling mall. Banyak kedai dalam mall ni dah memulakan tema hiasan sempena Tahun Baru Cina yang bakal tiba tak lama lagi.

Hiasan Tanglung di centre court.

Dalam masa satu jam sahaja saya dah habis menapak dari utara ke selatan, timur ke barat dalam mall tiga tingkat ini. Sambil itu kita singgah window shopping dalam memana kedai yang berkenan di hati. 


Dah penat berjalan, saya singgah minum di Penang Chendol. Hajat nak pekena chendol barang semangkuk tapi memikirkan dah ambik teh tarik masa sarapan, kita tukar dengan iced lemon tea sahaja.


Dah melepasi pukul 12 tengahari depa belum habis meeting. So saya masuk Jaya Grocer sendiri untuk beli barang-barang dapur. Lepas tu saya singgah menunggu di Coffee Beans pulak. Menghampiri pukul 1.30pm perut pun macam nak berlagu sendu maka kita order makan tengahari pulak. 

Spageti bolognese.

Rupa-rupanya by pukul 2.15 petang baru depa habis meeting. Banyak sangat yang perlu dibincangkan sebelum hubby (dan saya) terbang. Sebagai isteri mithali, kita turutkan sahaja segala susun atur program (planning) yang hubby dah buat. Lagipun sekarang ini tiada apa yang dikejarkan melainkan menghabiskan sisa hidup yang ada bersama orang tersayang sambil me-time bila ada peluang. Begitulah…

Sekian. 😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....