Tuesday 23 January 2024

Late lunchdate @Sari Ratu, Taman Melawati

Sejak dah tinggal berdua, beriya pulak hubby ajak keluar makan. Sekejap sarapan, sekejap lunch, kadang minum petang. Dinner je jarang-jarang sebab hubby tak suka keluar malam-malam.

Sebagai isteri mithali, kita menurut sahaja. Bak kata orang bijak pandai, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Maka pemilihan rezeki (menu makanan) juga penting agar tiada musuh kepada kesihatan, walaupun orang sihat boleh juga dijemput ajal bila-bila masa.

So, pada suatu hari yang tenang kami ke Restoran Sari Ratu, Taman Melawati. Sebelum ini pun dah beberapa juga kami ke sini bersama anak-anak bila terasa hendak bertukar selera. Saya paling suka daging dendengnya yang rangup, boleh ratah macam keropok dan jus alpukat (iced blended avocado).

Daging dendeng adalah wajib.

Kali ini kami pilih rendang daging, masak lemak ikan tenggiri, masak lemak pucuk ubi dan seharusnya daging dendeng dan jus alpukat. Saya kurang serasi dengan pucuk ubi tapi kita cubit je sikit buat raso-raso.

Licin…. kecuali lemak pucuk ubi yang masih berbaki.

Mirror selpi katanya.

“Kesian kalau nak kena masak macam-macam, makan untuk dua orang sahaja..." begitulah.

Sesungguhnya rezeki Allah itu datang dalam pelbagai cara. Semoga kita sentiasa tergolong dalam kalangan manusia yang sentiasa bersyukur. Aamiin.

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....