Saturday 13 January 2024

Overnight @Zenith Putrajaya & Happy birthday Nenek.

Balik dari Port Dickson kami terus singgah di Putrajaya. Kebetulan esoknya (Sabtu, 6hb Januari, 2024) kami akan join program FunRun Putrajaya seawal pukul 7:00 pagi so kami ambik keputusan untuk stay overnight di Putrajaya sahaja.

Kami check-in di hotel Zenith, Putrajaya yang terletak bersebelahan dataran. Depa bagi bilik di tingkat 2 menghadap Tasik Putrajaya. Boleh lah melepaskan pandangan sambil berehat.

Bilik mandi see through sebelah katil. Of course la kita turunkan bidai bila perlu.

Coffee corner.

Bilik mandi terpisah dari toilet.

Lepas check-in dan melepaskan lelah, anak nombor dua jemput untuk keluar dinner. Kami ke IOI Mall sahaja.

“Happy Birthday nenek…” rupa-rupanya semua anak-anak dah berkumpul buat surprise birthday nenek yang sepatutnya esok. Terima kasih kepada suami dan anak-anak terchenta. Walaupun belum cukup umur, kita layankan sahaja. Cucunda siap bagi belon dan selendang serta crown untuk nenek.

All the girls... missing Ciksu.

Excited nak potong kek nenek.

Full house... again missing Ciksu.

Favourite colour code in all.

Dan seperti biasa kalau makan di tempat yang tak biasa, saya akan melilau cari Halal Certificate. Kalau tiada display di mana-mana saya akan bertanya di kaunter. (Selalunya saya akan berlalu dan cari kedai lain).

"Kita belum ada Halal Cert. Tapi semua bahan kita ada cop halal..." Begitulah. So, to be safe saya hanya ambik pesto dengan white sauce serta mushroom, capsicum dan tomato ditabur dengan kacang wallnut (ala-ala menu vegetarian) digandingkan dengan air sparkling, infused dengan buah-buahan.

Pesto.

Tak terasa begitu cepat masa berlalu. Diam tak diam nenek dah melebihi usia separuh abad. Jika umur panjang, beberapa tahun lagi dah boleh menikmati kemudahan warga emas. Semoga Allah berkati umur yang berbaki ini. Aamiin.

(Cerita sebelum ini, boleh baca di sini).

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....