Friday 12 May 2023

Jalan jalan Jepun: Melawat Meiji Jingu

Melawat Meiji Jingu juga termasuk dalam priority list hubby untuk ke Jepun. Nak menikmati ketenangan alam katanya. Kalau nak shopping, kat Malaysia pun ada banyak kedai. Sebagai isteri mithali, kita turutkan sahaja walau dalam hati tergedik-gedik nak merasa soping-soping di Tokyo.😁

So pada hari ke-4 di sana kami singgah memenuhi hajat hubby masa stop over di Tokyo on the way ke Narita. Dari Shibuya Station kami naik bas dan turun di bus stop berdekatan taman ke Meiji Jingu. Tak pasti bas nombor berapa. Ambik masa dalam 10 minit untuk tiba di sana. Lepas turun bas kami kena berjalan dalam 5 minit untuk sampai ke pintu masuk taman. Sepanjang jalan ke pintu masuk tu kami melalui jalan/pavement yang agak luas, jalanraya dua tingkat dengan hiway di bahagian atas. Menariknya di antara ruang pavement sepanjang bawah hiway tu depa buat ruang santai, ada bilik-bilik, ada bangku dan tikar serta tempat kanak-kanak bermain. Sungguh, nampak sangat bijak menggunakan ruang untuk kegunaan mereka yang berkenaan.

Macam ada bilik-bilik di bawah hiway tu.

Pavement yang luas untuk pejalan kaki dan basikal.

Saya ni agak penakut sikit dengan bangunan tokong segala bagai ni. So sebelum masuk tu saya akan baca doa perjalanan serta Ayatul Qursi banyak-banyak sepanjang masa terutama bila keadaan rasa lain macam. Lagipun sebenarnya kawasan ini adalah dalam kategori hutan (pasti banyak makhluk halus dan roh-roh berkeliaran). Namun keadaan hutannya sangat terjaga mungkin kerana terletak dalam bandar Tokyo yang menjadi tarikan pelancong.

Katanya Meiji Jingu ni dibina sempena mengenangkan Emperor Meiji dan isterinya. Saya pun tak mahir sangat tentang sejarah Maharaja Jepun ni. Nanti-nantilah kita google.😁

Tak pasti apa, depan pintu masuk menuju ke dalam taman.

Pelik nampak ada macam pot kecik-kecik depa susun pada perdu pokok-pokok besar sepanjang jalan.


Agak unik nampak pokok ini.

Peta lokasi, ambik gambar je walau baca pun tak paham.


Cuaca agak panas tanpa awan.

Pengunjung sangat ramai masa kami tiba, mungkin ada program/aktiviti yang kami terlepas tapi tak tahu nak tanya kat mana. Memandangkan waktu itu adalah cuti Japan Golden Week, haruslah depa penuhkan dengan aktiviti untuk para pelancung yang datang berkunjung. Depa letak pasu/jambangan bunga sepanjang meja seakan pameran, tapi saya lebih cenderung kepada mungkin asbab upacara tertentu. Nak baca pun tak paham, so kita snap gambar jelah banyak-banyak.






Papan kayu kecik-kecik untuk tulis doa lepas tu gantung keliling pokok. 

Ala-ala wishing well.

Untuk ke Meiji Jingu ni ada beberapa lorong untuk masuk dan setiap pintu masuk dari mana-mana lorong akan ada pintu gerbang kayu, gamaknya sebagai tanda sempadan. 

Salah satu pintu gerbang kayu.

Nampak macam ala-ala kotak tilik nasib… entah lah.

Dalam bangunan ni ada macam telaga dengan air mengalir melalui batang/muncung buluh.

Rasanya macam deretan tong arak Jepun.

Dah penat berjalan kami masuk ke kedai cenderahati. Ada juga kafe kalau nak mengalas perut tapi kami tak berani nak ambik risiko makanan tidak halal. So hubby order Americano dan saya beli air mineral sahaja. Sambil tu kami grab sehelai kimono dan poster serta sweets buat kenang-kenangan.

Ada pelbagai cenderahati kalau berkenan.

Apa entah…. Tapi nampak menarik.

Pintu keluar the other side menuju ke train station pulak.

Kami ambik train dari Harajuko Station untuk balik ke Shibuya semula selepas menghabiskan masa lebih satu jam menikmati ketenangan alam dalam hutan. Uniknya, walaupun sangat ramai, semua pengunjung sangat tenang tanpa suasana bising. 

Stesen Harajuko.

Tak perasan kami sudah lama berjalan tanpa berhenti. Terimakasih kepada lutut makcik yang memberi kerjasama yang baik. Lepas tu nak sambung jalan-jalan di Shibuya pulak.

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....