Wednesday 10 May 2023

Jalan-jalan Jepun Day 2: Jamuan raya, makan dan makan.

Ahad, 30hb April 2023

Malam tadi tidur sangat lena dan pagi ini saya dah bangun seawal pukul 4:00 pagi. By pukul 4:30am di luar dah mula cerah tapi berawan.

Ohayo gozaimasu @ 4.00am, tingkat 12, Keio Plaza Hotel.

Plan hari ini:

1. Masak rendang untuk jamuan hari raya anakanda puteri.

2. Jalan-jalan di Universiti.

Seawal pukul 7.00 pagi saya dah bersiap untuk ke rumah anakanda di Katakura. Sebelum tu kita sarapan kopi dan waffer Starbuck, Celeo Mall dulu. Usai sarapan hubby balik ke hotel sementara saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah sewa anakanda. Kami ambik train Yokohama Line dari Hachioji Station dan berhenti at the next stop dan sambung jalan kaki lebih kurang 5 minit untuk sampai ke rumah.

Stesen keretapi Hachioji dengan cuaca yang sangat nyaman.

Sampai je saya terus masuk dapur, hiris daging, potong dadu (sebab takde blender) dua biji bawang holland yang bersaiz besar, satu clove bawang putih dan seinci halia. Tumis, kemudian masukkan daging. Bila air dah agak kering saya masukkan perencah rendang Brahim, sekotak kecil santan Kara, kerisik, serai fozen, garam dan sedikit gula. Kalau ikut resepi asal kat paket Brahim tu, hanya letak daging sahaja tanpa perlu tambah apa-apa tapi saya modify ikut kesesuaian tekak sendiri. Alhamdulillah tercapai hajat anakanda nak makan rendang bonda di hari raya. 

Rendang and nasi impit in the making.

Sambil masak kita intai di luar jendela dapur.

Siap.🥰

Dan seperti biasa bila tengah kalut memang tak sempat nak bergambar so kita simpan apa-apa kenangan yang ada sahaja.

Sebahagian daripada kawan-kawan anakanda yang datang bertandang.

Kami duduk bersembang hingga pukul 1.30 tengahari kemudian bergerak ke Universiti melawat tempat anakanda sambung belajar.

{Cerita jalan-jalan Universiti boleh baca di sini.}

Lepas pusing-pusing sekitar universiti kami balik jalan kaki (15 minit), mengikut laluan basikal ke rumah anakanda semula untuk solat jamak Zohor dan Asar dan duduk berehat hingga hubby bersuara untuk mencari kari dan roti nan. Kebetulan ada kedai Rani Biryani Pakistan berdekatan Katakura train station so kami singgah for early dinner sebelum balik ke hotel semula. Waktu baru menunjukkan pukul 4.00 petang.

Mixed grill: mutton, fish and chicken.

Tambah roti nan dan mutton keema.

Usai makan kami ambik train Yokohama line dari Katakura ke Hachioji untuk balik ke hotel semula. Sementara menunggu ketibaan train kita intai-intai tengok kemudahan yang ada di sekitar stesen. 

Tempat berteduh di musim sejuk.

Vending machine di merata ceruk.

Kami tiba di hotel dalam pukul 5.30 petang. Siang masih muda, rasa rugi datang jauh-jauh tapi duduk lepak dalam bilik hotel sahaja, jomlah shopping. Oleh kerana aktiviti shopping tiada dalam perkiraan hubby (kat Malaysia pun boleh shopping, katanya) kami tinggalkan hubby di hotel untuk berehat sementara saya dan anakanda keluar naik bas sambung jenjalan/shopping di 2nd Street. Depa jual barang-barang pre-loved. Saya dah plan nak cari jaket kat sini sambil tu kita grab handbag juga. Biasa la, makcik-makcik masuk kedai rambang mata. Kami tidak berlama-lama di sini. Cukuplah buat cuci mata dan poket. Selebihnya kita sambung kat Malaysia pulak.

On the way balik kami singgah beli air dan kudapan di Family Mart yang terletak bersebelahan hotel. By pukul 8.30pm kami tiba di hotel semula untuk join hubby berehat. 

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....