Thursday 11 May 2023

Jalan-jalan Jepun Day 3: Sekitar Hachioji sahaja.

Isnin, 1hb Mei 2023 

Hari ini masih lagi terjaga awal pagi dek tidur awal malam tadi. Saya cuba sambung tidur semula usai solat Subuh. Tapi bila melihat keluar jendela, terus saya padamkan hajat bila melihat indahnya suasana alam.

Ohayo gozimasu, 5.40am, tingkat 12 Keio Plaza Hotel.

Plan hari ini:

1. Melawat Mount Takao

2. Jalan-jalan di Fujimori Park

3. Ziarah Masjid Hachioji

Sebelum memulakan aktiviti saya keluar beli sarapan dengan hubby di Family Mart yang terletak di sebelah hotel Keio Plaza ini. Oleh kerana anakanda tidak ikut sekali maka kami pilih makanan yang benar-benar diyakini kehalalannya sahaja. Nak baca ingredient pun tak pandai. Kami beli roti dan air sahaja. Cukuplah buat alas perut.

By pukul 8.45 pagi kami keluar ke Stesen Hachioji, ambik train ke Takao Station. Kemudian ambik bas terus ke kaki gunung Mount Takao. Rupa-rupanya route yang kami ambik tu untuk mereka yang nak pergi hiking. Patut lah semua orang siap dengan bagpack dan segala peralatan hiking. Rasa gelihati pulak kami join depa tapi datang dengan lenggang kangkung. So kami decide untuk turun semula dengan bas yang sama. Sementara menunggu bas yang kami naik tadi take a break (15 minit) untuk turun semula, kami nikmati keindahan alam dari kaki gunung dulu.

Pemandangan yang hijau menawan.

Bas yang sama pergi dan balik ke Takao Station.



Peta perjalanan untuk yang nak mendaki.

Kita ambik feel sahaja.




Seriau makcik tengok keadaan bila bas buat koner baring melewati lereng bukit ni. Kalau takde cermin bas ni dah boleh pegang lumut-lumut kat batu-batan sepanjang bukit.

Kami turun bas di hentian Takao semula. Aktiviti seterusnya adalah ke Fujimori Park. Tapi disebabkan hari masih awal, kita singgah minum kopi dulu sambil melihat sekitar kawasan Takaomachi.

Depan Takao train station.


Takao train station.



Pilih cream puff @ Beard Papa.

Kedai Kopi Marchem.

Pelbagai pilihan sandwich. Kami ambik yang vegetarian.

Vegetable sandwich with coffee.


Comel pulak replika katak ni buat welcome orang datang.

Lepas minum kami naik train semula dari Takao Station balik ke Hachioji. Kemudian ambik bas ke Fujimori Park.

{Cerita jalan-jalan Fujimori Park boleh baca di sini. }

Usai melihat keindahan Fujimori Park kami ambik bas ke Hachioji semula sambil cari makan untuk lunch.

“Jomlah beli lauk masak kat rumah Nina. Sementara Ummi ada boleh la Nina makan homemade…”

Maka kami pun membeli lauk-pauk apa yang perlu kemudian naik train ke rumah anakanda semula untuk masak lunch.

Fuji apple yang fresh dan crunchy.

Masak lemak udang dan grilled salmon for lunch.

Usai makan kami berjalan balik ke stesen Katakura untuk ambik train ke Hachioji semula. Sebelum tu haruslah ambik gambar sekitar kawasan tempat tinggal anakanda sebagai kenangan.

Depan stesen Katakura.

Bangunan rumah anakanda.

Basikal anakanda untuk ke universiti (berjarak 10 minit kayuhan)

Shopping Mall terdekat.

Train Yokohama Line menghubungkan bandar Hachioji dan Katakura.

Hachioji train station sebelah shopping mall.

Kami tiba di hotel semula dalam pukul 5 petang untuk berehat sebentar sebelum sambung melawat masjid Hachioji di Hiraokacho dengan menaiki bas. Masjidnya sederhana besar lengkap dengan dewan solat lelaki dan perempuan serta toilet dan tempat wudhu. Seperti biasa bahagian perempuan di tingkat atas, memerlukan kekuatan lutut untuk panjat tangga. Alhamdulillah sempat buat solat jamak qasar Maghrib dan Isyak. 

Masjid Hachioji.

Pinjam kain sembahyang masjid. 

Kami balik ke hotel semula sebelum saya hantar anakanda untuk balik ke rumah packing barang keperluan untuk ikut ummi dan ayah esoknya. Lepas tu saya sambung ambik angin, healing malam-malam, sorang-sorang melihat keindahan lampu di bandar Hachioji tanpa rasa ragu sebab katanya Tokyo ini bandar yang selamat. (padahal kat sebelah hotel je pun)

Bye baby,… esok is another day.


Sambil tu kita imbau kembali kenangan diri sendiri yang merantau mencari ilmu di tempat orang tanpa ibu dan ayah. Moga Allah bantu selamanya.🌹

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....