Saturday 4 March 2023

Teman Stayover @ Hotel Perdana KL

Untuk kesekian kalinya saya menemani hubby lagi. Kali ini depa ada program 3 hari 2 malam di Hotel Perdana KL. Oleh kerana depa buat program pada hari bekerja, Khamis-Sabtu, maka hubby join program terus dari tempat kerja. By petang bila dah komfem masuk bilik baru saya gerak dari rumah. Malas nak duduk dalam bilik hotel sensorang masa hubby sibuk berprogram. Lagipun hotelnya hanya dalam 20 minutes drive dari rumah, mudah nak ulang-alik.

So pada hari Khamis saya turun dari rumah dalam pukul 4:30 petang dan tiba di hotel pada pukul 5:00 petang. Terus masuk parking lot di basement B1. Jalan/lorong masuk ke parking agak sempit jadi makcik sangat berhati-hati supaya kereta tidak tercalar. Depa belum ada sistem cashless atau TnG, so kena ambik tiket di mesin tepi palang sebelum palang terbuka. Parking free je, cuma kita perlu endorse tiket di kaunter hotel sebelum keluar. Ruang keluar pun sempit juga… aduhai semput makcik tahan nafas cari ketenangan sambil pusing stereng kereta. Alhamdulillah nafas masih panjang.

Asalnya, pada hari Khamis tu kami bercadang nak cari makan (early dinner) di luar sambil kengkonon nak sambut wedding anniversary yang ke 32 tahun. Tapi memandangkan hubby dah berprogram dan bermesyuarat sejak pagi dan malam nanti nak sambung program sesi malam pulak maka kita cancel je semua perancangan makan malam. Kita order room service sahaja. Mudah dan selesa. Sempatlah hubby ambik masa untuk duduk berehat sebelum nak sambung program semula. Kami cuma order yang menu mudah-mudah sahaja… nasi goreng kampung, fish & chips dan puding raja buat pencuci mulut. Benarlah kata orang small thing matters most dan love langguage masing-masing berbeza. Kita terima sahaja apa adanya. Happy 32rd Anniversary untuk kita. Semoga kekal tua bersama dalam bahagia.💝




Esoknya, hari Jumaat, pepagi lagi saya dah gerak balik rumah. Hubby ada program seharian, jadi eloklah saya pulang ke rumah menguruskan apa yang patut. Pukul 3:30 petang, saya gerak ke hotel semula dan tiba dalam pukul 4:00 petang. Kena gerak awal bagi mengelakkan kesesakan trafik di petang hari Jumaat. Fenomena biasa bagi masyarakat KL.  Kebetulan depa skip program sesi petang maka saya terus pick-up hubby di lobi hotel dan terus ke KLCC jalan-jalan cuci mata sambil singgah @kedai buku Kinokuniya, favourite pitstop hubby setiap kali ke KLCC. Usai beli buku senaskah dua, kami ke restoran Serai @ Suria KLCC, order satu set nasi kerabu dan satu set platter... share dua orang. Sharing is caring, gituh.

Set nasi kerabu


Serai Tasting Platter, macam-macam ada.

Esoknya saya tidak bercadang untuk ke mana-mana, hanya nak berehat dan melepak dalam bilik sahaja. Lagipun saya dah bawa bekal makanan yang mencukupi sementara menunggu hubby habis program. Depa hanya ada program disebelah pagi sahaja so by tengahari dah boleh check-out dan balik rumah, home sweet home.

Kami pernah menginap di sini sebelum ini. Bila disoroti kembali ada semacam dejavu pulak, macam cerita lama berulang kembali. Boleh baca ceritanya di sini.

Sekian.😊

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....