Tuesday, 14 March 2023

Makan makan @ Restoran Sederhana KL

"Malam ni kita makan sederhana je, takyah mahal mahal..." Seperti biasa anakanda saya akan bersedia untuk makan keluarga pada setiap hujung minggu. Asalkan ayah yang bayar, semua orang onzz sahaja. Kali ini kami ke Restoran Sederhana KL. Nama je sederhana tapi harga masih kayangan. Semua menu ala-ala nasi campur, kedai nasi Padang. Alhamdulillah makanannya sedap dan sangat membuka selera. Asalnya saya cuma nak kongsi-kongsi nasi sahaja, tapi akhirnya menambah hingga tiga empat pinggan dengan tambahan hidangan lauk juga. Tak tahulah rezeki depa atau rezeki kami, yang penting kami pulang dengan perut terlebih kenyang. 😄

Pilihan masing-masing tapi kita share makan sama-sama.


Pilihan kuah.

Pilihan lauk yang ada.

Posing dulu sebelum balik…mengambil kira  objek latar belakang itu.

Dah, jom balik.

Objek wajib in KL.😄

Itu sahaja cerita penting pada hari Sabtu, 18hb Februari yang perlu disimpan.

Sekian. 😊

No comments:

Family Lunch Date @Rembayung

Rabu 21hb Januari 2026 Sejak dibuka awal bulan ini bukan main lagi anak-anak dok battle untuk dapatkan slot untuk makan di Restoran Rembayun...