Sunday, 5 March 2023

Jogging @ Taman Tasik Pudu Ulu

Kata orang, setiap kita sentiasa merindui zaman slim dulu-dulu, namun terpaksa  kita buang rindu itu jauh-jauh dan menerima hakikat bahawasanya masa tidak mungkin dapat diputar kembali. Apa-apa pun hari ni kita sambung aktiviti jogging. Walau badan terasa makin berat... moh ler kita teruskan berlari dalam daya upaya yang ada.😊

Jogging track @ Taman Tasik Pudu Ulu.



Makcik yang makin membolat.😁


Striking pulak kaler kasut ni.

Dah puas berlari, seperti biasa kita layan hubby pi cari nasi berlauk pulak. Jogging-makan-jogging-makan, hmm entah bila la nak kurus. 

Sekian.😊

No comments:

UK Trip 2025: Sheffield-Manchester

Sabtu, 20hb September 2025   Hari ini hari ke-7 kami di UK. Walau dah seminggu saya masih lagi jet-lag dan bangun awal pagi. Hari ini terjag...