Monday 20 March 2023

Happy 21st birthday Ciksu.

Dah jadi rutin pulak bila tiba hari birthday nak kena keluar makan ramai-ramai satu keluarga. Walaupun tak cukup quorum kita berpada sahaja dengan apa yang ada. Asalkan Ummi dan Ayah ada, bila-bila sahaja nak keluar dinner kita onzz sahaja. Ayah (as banker) wajib ada as always.  Sesiapa yang tak free boleh teruskan dengan urusan kehidupan yang lebih afdhal. 😄

Ummi's spageti salmon apa entah... lupa pulak.

Pizza share with everybody.

Fokus pada iron lejen itu.

Happy 21st birthday Ciksu.

Yang available... plus tukang ambik gambar.

Gegirls... missing Ciksa and Cikya.

Biasanya kami tak ada bagi apa-apa hadiah sempena birthday. Hubby punya prinsip, hadiah tidak perlu tertakluk kepada apa-apa occassion atau masa. Bila-bila rasa nak bagi hadiah, silakan bagi sahaja anytime, anywhere. So kebetulan anakanda putri tu perlukan beg besar dalam masa terdekat ni, moh ler kita pi cari luggage idaman... dan anggaplah ia sebagai hadiah birthday daripada ayahanda.😁

Ummi pun tumpang berangan.

Boleh dah birthday girl qenyeh sampai telinga.😄

Padahal banyak je shopping... kasut la, baju la dan macam-macam lagi. Tapi kita fokus pada objek yang paling besar untuk jadikan sebagai hadiah birthday.

Sekian. 😊

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....