Saturday 23 September 2017

Kenduri di Kuantan

Jumaat baru ni kami ke Kuantan sempena majlis nikah anak sepupu hubby. Majlis nikah sepatutnya pada jam 4.00 petang. Hajat asal nak bertolak pagi tapi hubby ada meeting. Saya pula ada kelas hingga jam 12.30 tengahari. So kami decide untuk gerak lepas solat Jumaat. Beg pakaian semua saya dah siap-siap masukkan dalam kereta hubby sejak semalam. Hubby terus pick-up saya dan Nina dari sekolah. Nina terpaksa tukar baju sekolah di RnR Temerloh. Saya terus je dengan baju kerja tu. Alhamdulillah kami sempat tiba di hujung-hujung majlis walaupun tak sempat tengok majlis akad. Agak terkilan juga sebab pengalaman mengikut rombongan pengantin ke majlis akad nikah tidak datang selalu.

Kami sempat makan-makan sambil beramah mesra dengan keluarga besan Cik Dah, sepupu hubby tu. Depa buat majlis untuk keluarga terdekat sahaja. Majlis kenduri akan diadakan pada keesokan harinya selepas solat zohor.
Sempat bergambar dengan pengantin baru

Usai majlis kami terus ke hotel Sri Manja untuk berehat. Kebetulan malam tu Dayah dan suaminya terpaksa on call so kami biarkan mereka dengan kerja memasing. Kami buat hal sendiri. Malam tu kami cuma makan ringan-ringan di warung bersebelahan hotel sahaja.

Esoknya, awal pagi lagi kami dah buat program sendiri untuk isi masa sementara menunggu masa rombongan pengantin. Dah lama saya teringin nak berjalan-jalan di pantai Cherating sambil makan keropok lekor rebus panas-panas. 



Alhamdulillah tercapai hajat melihat laut Cherating yang terbentang luas. Walaupun tanpa keropok lekor panas tapi sempat juga menyusur pantai yang bersih. Kami pi awal pagi so keropok lekor masih dalam pembuatan. Lagipun sepanjang jalan dari Kuantan ke Cherating tak banyak kedai keropok lekor yang dah buka. On the way balik ke hotel baru singgah di warung apa tah. Sementara tunggu depa rebus keropok lekor tu sempat la kami bersarapan dulu. Lepas tu balik hotel semula untuk check-out dan bersiap-siap. Singgah rumah sewa Dayah untuk solat zohor sebelum ikut rombongan pengantin pi kenduri pulak.
Bersama Cik Dah (mak pengantin lelaki), sepupu hubby 
Mengimbau nostalgia.....
Cik Yah(duduk), sepupu hubby lagi.

Usai makan kami terus bergegas balik KL sebab nak elakkan maghrib di Karak. Lagipun hubby tak suka travel memalam. Alhamdulillah selamat tiba di rumah sebelum jam 7 malam. Malam tu kami dinner dengan keropok lekor segar dari Kuantan. 

Esoknya hari Ahad, masa untuk mendobi dan mengemas rumah tapi terpaksa keluar cari handphone baru, sebab hp asal tetiba mati masa on the way pi Kuantan hari tu. (Gambar yang ada tu pun adalah ehsan dari hp orang lain) Habis semua benda dalam hp tu hilang tak boleh retrieve..... :(

Seperti biasa kalau hal-hal yang berkaitan teknologi ni kami akan ke Wangsa Walk sahaja. Kebetulan hubby sedang bermurah hati nak belanja maka kita dengan rendah hati terima sahaja. :)
Wefie pertama oleh Nina. 
Kemain sengih dapat hp baru. 


PS: Alhamdulillah rezeki Allah datang dalam berbagai cara.


No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...