Thursday 14 September 2017

Eidul Adha 2017

" Umi nak Dayah raya kat mana?"

Sejak kecik sampai dah menikah ni pun cek Mek tu akan minta saya buat keputusan walaupun dalam hal yang kecik-kecik.

"Umi nak semua ada ke, nak kami selang seli ke, ke cemana?" Iman pulak menambah.

Sejak depa dah menikah ni sibuk pulak nak kena susun giliran raya. Nak raya rumah saya atau rumah mak mertua depa. Seingat saya dulu tak pernah pulak saya bertanya nak kena beraya kat mana. Semua hubby yang decide. Sebagai isteri mithali saya menurut sahaja apa-apa perancangan yang dah disusun. Alhamdulillah sehingga kini semua berjalan lancar.

"Suka hati hangpalah. Umi tak kisah nak raya memana. Asalkan semua orang bahagia....."

Saya malas nak masuk campur sangat apa-apa perbincangan depa adik beradik. Akhirnya semua buat keputusan balik beraya di rumah saya. Maka berdiskusilah mereka adik beradik nak tidur kat mana sebab rumah saya hanya ada 4 bilik. Sebelum ni empat bilik tu dah cukup untuk kami sekeluarga. Satu untuk saya dan hubby, satu untuk anak-anak bujang, satu untuk anak-anak dara dan satu lagi untuk arwah mak mertua saya. Sejak Iman dah nikah depa sekelamin guna bilik arwah nenek depa apabila balik sekali sekala. Kini bila Dayah pun dah nikah maka pepandailah depa fikir agihan tempat beradu memasing. Alhamdulillah saya mempunyai anak-anak yang bijak berbincang untuk mencapai kata sepakat. Maka berpadalah semuanya dengan apa yang ada.

Dan seperti biasa juga sambutan raya di rumah saya sangat sederhana. Sehari sebelum raya saya dan hubby pi keluar beli bahan masakan. Seperti biasa juga saya akan masak rendang ayam dan rendang daging serta nasi impit. Malam raya Ein pi beli lemang Pak Ali. 

Usai solat Eidul Adha kami bersarapan dengan lemang dan nasi impit bersama rendang daging dan rendang ayam sebelum semua orang sibuk bergambar. 
With the new members of the family, Maysaa and Umair.
Tiada: Nina (tetiba sakit senggugut)



Hubby dah plan nak buat BBQ pada malam nanti. Lepas solat raya kami breakfast, rehat sekejap lepas tu pi cari bahan untuk BBQ. Kami pi cari kat Jusco Aeon saja. Mudah sebab semua ada kat situ. Suasana pasaraya meriah macam biasa. Ramai orang tak balik kampung gamaknya. 

Kebetulan Eidul Adha jatuh pada hari Jumaat so lepas shopping sibuk nak pi solat Jumaat pulak. Tahun ni kami join korban luar negara sahaja so tak perlulah kalut sangat nak pi menyembelih dan melapah. Lepas solat Jumaat kami jalan-jalan, makan-makan kat Melawati Mall sebab Nina belum sempat beraya lagi. So kengkonon pi berayalah sebab pagi tadi dia sibuk senggugut.

Usai solat asar bermula persiapan untuk BBQ. Ayam, kambing dan udang sudah diperap sejak pagi lagi.  Kami tambah dengan sosej, burger dan lain-lain untuk nampak lebih meriah. 

Alhamdulillah anak menantu semua pakat ringan tangan menyiapkan hidangan BBQ. Saya tunggu makan sahaja sambil main dengan cucu. Malas nak sibuk-sibuk dengan arang dan asap. Biar je mereka bersuka-ria ambik gambar masuk insta bagai. Saya lebih seronok duduk dalam rumah main dengan cucu. Dah siap panggang semua baru saya pi join makan.

Apa-apa pun Eidul Adha tahun ini lebih tenang tapi meriah dengan kehadiran ahli baru dalam keluarga kecil saya. Semoga ianya kan terus membesar menerima ahli baru lagi dan lagi..... 


PS: .....Amin.




No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...