Friday 29 September 2017

Cookies, cookies, cookies......

Saya bukanlah orang yang rajin masak. Membaking jauh sekali. Tapi entah kenapa hari ni tetiba terasa nak buat cookies. Balik dari sekolah tadi terus masuk dapur cari bahan yang sesuai. Alhamdulillah kat rumah ni sentiasa ada bahan masakan walaupun tuan rumahnya bukanlah seorang chef. Kalau rajin merancang menu ada sahaja yang boleh dijadikan hidangan. Seperti biasa, dengan menggunakan apa sahaja bahan yang ada di dapur saya maka terhasillah cookies simple dari resepi yang simple.

  • 1 cawan margerin planta
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan gula kastor 
  • 2 biji telur
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1 sudu teh soda bikabonat (sebab takde baking powder)
  • 3 cawan tepung gandum
  • 1 cawan chocolate chips

Kacau margerin dengan gula perang dan gula kastor hingga kembang. Saya kacau pakai senduk je. Lepas tu masukkan telur, kacau lagi. Kemudian masukkan esen vanila dan soda bikarbonat. Kacau lagi. Kemudian masukkan tepung dan chocolate chips. Maka jadilah adunan seperti di bawah ini.

Ambik secubit-secubit, gentel bulat-bulat dan atur atas dulang. Jarak-jarakkan untuk memberi ruang depa nak mengembang nanti.

Lepas tu bakar dalam oven 170 darjah selama 15-20 minit. Terkejut jugak tengok hasil kembangannya. Agaknya sebab saya guna soda bikarbonat instead of baking powder.
Cookies kembang mayong.

Hajat awal nak letak badam. Beriya menyangai bagai. Tetiba malas pulak nak menumbuk sebab lesung batu tu saya baru guna untuk tumbuk garam  kunyit. Nak guna pengisar, malas pulak nak keluarkan. Adeh..... perkataan malas tu dah seakan mendarah daging pulak. Maka tersadailah badam bertuah tu dalam kuali. Satgi kalau rajin saya buat badam sangai bermadu. Kalau rajin la....hmmm.
Badam sangai tersadai...

Alhamdulillah dapat 4 dulang. Dalam 100 pieces +++gitu. Rasa?? Hmmm... takkan la nak masuk bakul angkat sendiri pulak kan :)


PS: Bahagia terasa pabila sekali sekala angin rajin datang menyinggah walaupun tak lama.




No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...