Tuesday 10 January 2023

Hiasan Dulang Mas Kawen & Gelang Tangan.

Berkali-kali jugak saya dok berkira-kira nak buat dulang hantaran sempena pernikahan anak bujang nan seorang ini. Idea semua ada dalam kepala tapi nak merealisasikan itu yang payah. Berpandukan contoh-contoh yang ada di alam maya moh ler kita mulakan langkah. Dah tinggal beberapa hari saja lagi anakanda nak menggenggam tangan Tok Kadi, umminya masih dok berkira-kira rupa bentuk dulang yang nak disediakan.

Kat Datum Jelatek ada mall baru Ummi. Banyak barang-barang nikah kawen..” Baguih pulak abangda nan seorang tu mencadangkan. 

So tanpa membuang masa, terus sahaja saya drive ke sana sorang-sorang. Padahal saya dah plan nak membeli-belah di Chow Kit. Tak jauh mana pun tempatnya. Dalam 15 minit drive dah sampai. Alhamdulillah parkingnya mudah, suasana pun tenang, kedainya cantik dan barang keperluan semua cukup. Barang-barangnya macam kat Chow Kit juga tapi lebih mahal dek kemudahan dalam mall yang selesa.

Frame duit dan kotak gelang.

Bunga-bunga hiasan

Berpandukan design dari internet sebagai rujukan, jomlah kita mulakan kerja-kerja menggubah walaupun tangan kita ni tersangatlah kerasnya. Sebenarnya pihak perempuan pun ada bagi bekas letak gelang juga tapi berbentuk panjang. So saya ada dua pilihan bekas untuk gelang, satu panjang dan satu lagi empat segi.

Try letak duit mas kahwin dalam frame dulu.

Memandangkan bakal menantu ni orang Selangor, kami gunakan rate mas kahwin yang kerajaan Negeri Selangor telah tetapkan. 

Sebelum tu saya dah tanya pakcik google dan shortlist beberapa design yang saya suka.

Design 1.
Terima kasih kepada pemilik asal... semoga Allah murahkan rezeki anda.🌹

Design 2.
Tq kpd pemilik asal. Moga Allah murahkan rezeki anda.🌹

Dengan tema gold dan cream kita tengoklah apa hasilnya.

15hb Disember 2022

Hari ni seharian saya dok mengadap bunga-bungaan, buat planning dan susun bunga atas dulang.

Paling penting, mesti ada glue gun.

Bunga dan daun-daun emas.

Cubaan pertama.

Nampak kemetot pulak gelang tu dek pergelangan tangan pengantinnya yang kecik molek.

Cubaan kedua: Tukar bunga ros pink kepada ros kuning oren.

Still tak puas hati.🙄

Akhirnya selepas beberapa kali cubaan saya berpuas hati dengan apa yang ada. Saya tukar bekas gelang kepada bentuk empat segi dan minimunkan hiasan bunga. Kata orang less is more.😊

Finally. 😊

Gelang dah nampak okay.

Alhamdulillah berkat kesabaran akhirnya siap juga dulang hantaran mas kawen untuk anak bujangku. Saya cuma sedia dulang mas kawen sahaja. Hantaran lain kita bungkus jadikan hantaran misteri.

Hantaran tema gold cream untuk majlis akad nikah siap. Alhamdulillah.

Tema gold cream.

Ini adalah hantaran nikah abangnya haritu. Saya guna konsep yang sama tapi dengan tema gold silver.

Sekian cerita dulang hantaran saya. Semoga majlis yang dilangsungkan diberkati Allah.🌹

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....