Friday 27 January 2023

Kenduri anak bujang @ Dewan IKIM

1hb Januari 2023.

Hari yang ditunggu penuh debaran tiba jua. Saya dah banyak bercerita tentang persiapan membawa ke hari bersejarah ini. Alhamdulillah, Allah mudahkan perjalanan majlis daripada merisik, bertunang dan akad nikah. Hari ini kita noktahkan perjalanan hidup anakanda sebagai orang bujang secara rasminya.😊

Acara majlis dijadualkan pada pukul 11:30 pagi. Kami tiba pada pukul 9:00 pagi untuk persiapan terakhir, rehearsal dan susun doorgifts. Kerja-kerja susun atur dalam dewan dah selesai pada hari Jumaat lagi. Pagi ini hanya perlu coordinate dengan pihak katerer untuk makanan dan technician untuk sound check sound system serta Rela untuk aliran trafik dan parking tetamu jemputan. Sebaik sahaja majlis bermula, mak pengantin dah sibuk melayan tetamu. Mudah-mudahan tetamu yang datang berpuas hati dengan layanan yang diberi.

Seterusnya, biarlah gambar berbicara.😊

Welcome.

Entrance

Breakfast dulu... ala kadar.

One for the memory.

Dah siap bersamping... Jom mulakan majlis.

Pelamin anganan... kita design sendiri cedok idea dari google.😁



Untuk keluarga besan

Pengantin tiba...

Ucapan hubby sebagai ayah pengatin.🥰

Sama-sama mengaminkan bacaan doa.

Abam MC

Kek pilihan mak pengatin, tapi tak sempat rasa.😌

3 tier butter cake

The proud parents.

Family...all together.

Us girlzzz.❤


Happily ever after... ❤

The last in line.

Sekian. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. 🌹

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....