Saturday 14 January 2023

Majlis nikah kawen anak bujangku

Sabtu 17hb Disember 2022

Setelah setel semua kerja yang sepatutnya kami bersedia untuk bergerak ke Glenmarie. Beberapa hari sebelum itu kami dah melawat kawasan supaya tidak kalut pada hari kejadian. 

Pepagi hari lagi saya dah buat final check. Paling penting persalinan baju melayu pengantin untuk akad nikah dan mas kahwin, siap. Hantaran lain semua dah ada pada pihak perempuan.

Baju Melayu tempah khas dari Bak Tailor.

Siap gosok, packed, ready to go.

Mas kahwin, songkok dan kasut, siap.

Dengan lafaz bismillah  kami turun dari rumah lepas zohor terus ke hotel, berehat semalaman untuk kesegaran tubuh dan minda. 

Ahad 18hb Disember 2022

Pepagi lagi kami dah bersiap. Anakanda dah order sandwic untuk sarapan berserta minuman yang depa order dari Coffee Beans via grab. Ummi dan ayah hanya mengikut sahaja. By pukul 9:00 pagi semua dah ready untuk ke Masjid Glenmarie.

Sandwic pelbagai perisa.

Bakal pengantin tengah mengawal nervous, gamaknya.😁

Momen-momen terakhir sebelum menggalas tanggungjawab yang lebih besar.



Alhamdulillah, termetrai ikatan suci dengan sekali lafaz.

New addition.🥰

Usai majlis nikah kami balik ke hotel semula untuk berehat sementara menunggu masa untuk majlis berarak rombongan pengantin pada pukul 12:30 tengahari nanti. Depa buat majlis di Dewan Anggerik.

Persalinan bersanding, siap.


All the proud parents ❤...


... the proud families🥰

Semoga ikatan yang terbina kekal hingga ke akhirnya dalam perliharaan Allah. Aamiin.🌹

Sekian.

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....