Friday 23 September 2022

Overnight @ Hotel Royal Chulan Damansara.

“Jom teman stay kat Royal Chulan Damansara… ada brainstorming.” seperti biasa saya dah bersedia tiap kali hubby ada meeting/program di luar kawasan. Memandangkan hotel ni dekat dengan The Curve, saya dah buat planning untuk me-time semasa hubby sibuk dengan programnya. Sebelum tu bolehlah cari maklumat di hujung jari. Banyak pulak review yang kurang menarik tentang hotel ini. Apa-apa pun, kita tunggu dan lihat apa yang bakal berlaku... ikut rezeki masing-masing.

Rabu: 21st September 2022

Hubby dah keluar awal pagi. Saya keluar rumah pukul 2.15 petang. Dari rumah saya lalu MRR2, exit DUKE terus ke Pencala Link.  Saya singgah beli top-up Touch and Go kat Shell buat bekal bayar parking nanti. La ni semua benda nak cashless… makcik pun terpaksalah up to date. Alhamdulillah  tiada traffic jam. Saya sampai sana dalam pukul 3.00 petang seperti yang dirancang.

Snap gambar parking dulu sebelum apa-apa berlaku.

Hubby dah tunggu kat lobi untuk bagi kunci bilik. Lepas tu hubby sambung meeting/ program di dewan  Mutiara 4, ground floor. Saya terus naik ke bilik di tingkat 4. Biliknya sederhana besar dan agak run down. Wall paper ada yang dah terkopak, sarung armchair pun ada yang terkoyak. Pandangan keluar pun tiada apa yang manarik.

Nice bed.


Asalnya hubby minta saya datang pukul 5:00 petang so saya susun jadual kerja rumah saya berdasarkan masa yang ada. Tapi tiba-tiba pulak hubby mesej suruh datang pukul 3:00 petang sebab takut traffic jam orang balik kerja. Maka kelab-kabutlah saya menyudahkan kerja-kerja rumah yang masih in progres. Tapi makcikkan super woman…sup…sap…sup…sap… siap jugak apa yang patut. Akibatnya tak sempat makcik nak makan tengahari. So kita bawa bekal sahaja. 

Sandwic telur.

Lepas makan hajat nak rehat... tetiba black out. Jenuh pulak nak kena contact maintenance untuk tengokkan apa yang telah berlaku. Alhamdulillah... depa ambik masa 15 minit sahaja untuk betulkan keadaan. Dah boleh on balik tv dan aircond so moh ler kita lepak dalam selimut sambil tunggu hubby habis program sesi petang.

Program selari.

Usai program hubby sesi petang kami keluar jalan-jalan cari makan. Hotel ni dekat sangat dengan The Curve. Jalan kaki 5 minit sahaja dah sampai. Sambil-sambil tu boleh ambik angin petang. Kami singgah ngeteh merangkap dinner untuk saya @ Kafe O’Briens makan sandwic tuna dan ciabatta. 

Cantik area ni.

Tuna sandwich.

Minum petang merangkap dinner.

By maghrib, kami balik hotel semula untuk hubby bersedia untuk program sesi malam pulak. Walau hajat di hati nak me-time kat The Curve lepak-lepak window shopping tapi kita akur dengan arahan suami supaya duduk kat bilik dan berehat. Isteri mithali kan…๐Ÿ˜„

Laluan ke lif

Despite kekurangan yang ada, saya suka bilik airnya yang agak lengkap. Air panas pun laju. Area shower berasingan dari toilet. So takdelah kalut kalau kita tengah asyik menikmati kehangatan shower tetiba roomate nak masuk membuang. ๐Ÿ˜€

Bilik air agak lengkap.

Esoknya, pepagi lagi saya dah start enjin balik rumah. Program hubby habis by pukul 5 petang tapi saya tak perlu tunggu sebab kami pakai kereta asing-asing. 

Baru belajar mirror selpi.๐Ÿ˜

Kemain... berangan tarik beg..๐Ÿ˜„

Ngeri pulak tengok hallway kosong.

By pukul 10 pagi saya dah sampai di rumah. Home sweet home. Alhamdulillah.๐ŸŒน

Sekian.๐Ÿ˜Š

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 1)

Syawal tahun ini hubby banyak menerima jemputan ke Majlis Hari Raya korporat. Setiap minggu ada sahaja jemputan yang dibuat di pejabat atau ...