Friday 9 September 2022

Upgrade belakang rumah: Kita berangan dulu

Dah beberapa lama saya dok makan hati mengenangkan keadaan kawasan belakang dapur. Asalnya memang dah berlantai mozek dan berbumbung. Saya gunakan kawasan luar ini sebagai open kitchen dan laundry. Malangnya tempat ni juga menjadi port lepak kucing jalanan. Setakat nak tumpang lepak dan tidur tak jadi masalah. Tapi bila depa asyik kencing berak sesuka hati... tinggalkan najis bersepah kat lantai haruslah mengundang amarah saya. Sebelum ini saya pasrah je buat amal kebajikan... free pahala kata hubby... tapi bila kudrat dah mula ke laut maka saya terpaksa pentingkan diri.

Bila bumbung pulak mula bocor di sana-sini maka saya pun memulakan operasi baru. Dan bila saya suarakan pendapat, hubby pun tiada halangan maka bolehlah kita teruskan hasrat dengan hati berbunga-bunga. Alhamdulillah.🌹🌹🌹

Idea asal

Inspired by gambar-gambar dari rumah.eija (terima kasih banyak-banyak) saya cuba adapt untuk upgrade belakang rumah sendiri.

Tq.. rumah.eija😘

Tq... rumah.eija😘

Alhamdulillah saya ada sahabat dalam bidang/business renovate rumah. Bila saya ajukan niat dan minta dia carikan orang yang boleh buat kerja-kerja upgrade terus sahaja dia setuju. Mulanya saya nak buat simple sahaja tapi bila anakanda arkitek tu masuk campur dan buat drawing properly maka kita ikut sahaja nasihat pakar. 

The final drawing dari sisi.

Final drawing... dari belakang.

Depa bagi sebut harga RM14000 lump sum siap semua kerja termasuk buang/runtuhkan bumbung lama dan ganti bumbung baru, buat tembok batu setinggi 2 kaki dan pasang wire mesh keliling ruang terbuka. Sejurus saya bayar deposit RM7000 (separuh harga), depa terus mulakan kerja secara berfasa.

1. Buat tembok batu.

2. Pasang bumbung.

3. Pasang wire mesh.

Kita tunggu hingga siap semuanya dengan sabar. Moga Allah mudahkan.🌹

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....