Friday 11 February 2022

Shellambak Bukit Antarabangsa

"Jom oder shellambak..." Tiba-tiba pulak suami ambo ni buat decision nak makan seafood selepas sekian lama berpantang. Asalnya nak keluar dinner tapi tukar plan bila penyakit malas muncul tiba-tiba. Oleh kerana tempat shell lambak tu sepelaung sahaja jaraknya dari rumah, kita buat order untuk pick-up sendiri sahaja, tak perlu guna adik grab. 

Katanya shell lambak Bukit Anarabangsa antara yang tersedap di Lembah Kelang. Kami place order dalam pukul 5.30 petang, depa akan bagi tahu untuk pick-up bila dah siap. By pukul 6.30 petang kami keluar je sambil jalan-jalan ambik angin petang. Sementara tunggu order siap kita lepak atas bukit dulu. Dah lama berangan nak melihat keindahan alam/KL dari atas Bukit Antarabangsa ni. Terima kasih kepada anak menantu yang pasrah melayan kerenah Ummi mereka ini.🤭

Layan je Ummi depa ni.🥰

View tak berapa cantik dek awan mendung.

Nak capture sunset tapi tak tahu kat mana.😅

Kami order set untuk 6 orang. Depa bagi 6 set nasi putih dengan selambak sotong, ketam, udang, lala, kepah dan 2 ekor ikan siakap sederhana besar, plus jagung dan brokoli. Depa bagi kuah asing. Kuah dia ala-ala gulai lemak berperisa kari. Memang sangat berbaloi dengan harga RM155. 

Tudia... memang selambak sungguh.

Saya makan nasi dengan siakap dan beberapa ketul lala dan ketam sahaja. Dah lama tak makan ramai-ramai selambak macam tu. Tiba-tiba terimbau kenangan dulu-dulu pernah makan ramai-ramai dalam talam... indahnya ukhuwwah.

Siap dengan ikan siakap

Walaupun untuk 6 orang tapi jumlahnya agak banyak dan masih ada left overs buat makan esoknya. Lebihan tu boleh simpan dalam peti ais, lepas tu boleh panaskan bila nak makan. Nasinya pun boleh tahan lama. Selepas dua hari pun masih elok. Saya buat nasi goreng buat sarapan.


Nasi goreng bodo katanya.

Kalau ada rezeki InsyaAllah next time boleh order lagi.

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....