Wednesday 14 July 2021

Sinki tersumbat

Dah lebih seminggu sinki dapur ni buat hal. Biasanya kalau tersumbat sikit-sikit saya cuma pam dan aliran air akan kembali normal. Tapi kali ini aliran air asyik sangkut-sangkut pulak. Beberapa kali pam pun masih sangkut. Terpaksa dibiarkan selama lebih kurang sejam untuk air tu sejat baru dapur boleh beroperasi semula. 



Saya pernah guna soda kuda api tapi macam tak berapa berkesan. Bila baca komen-komen netizen ada yang mengatakan bahaya bila menggunakan bahan-bahan chemical macam tu. Takut rosak bahagian dalam batang paip dan mengakibatkan batang paip pecah. Takut pulak jadi masalah yang lebih besar nanti. Ada juga yang mencadangkan guna garam dan air panas. Tapi saya tidak berkenan dengan idea tuang air panas ke dalam lubang. Nak panggil plumber datang tengok takut pulak dengan masalah covid dan lockdown sekarang ini. 

Bila sumbatan air tu melarat hingga ke bilik air, mahu tidak mahu terpaksalah saya gunakan segala asas  kemahiran hidup yang ada. Setiap kali saya pam sinki dapur air kotor akan membuak keluar dalam lubang di bilik air. Bila saya pam di bilik air, air akan membuak keluar di lubang belakang rumah pulak.

Lubang belakang rumah. (Selepas lantai dibersihkan)

Alhamdulillah masa buat renovation rumah dulu kami tidak usik memana lubang air. Semuanya masih original, jadi senang saya nak monitor aliran ke lubang kumbahan. Sebagai usaha terakhir, terpaksalah saya jolok lubang di belakang rumah menggunakan batang mop lama. Lubangnya agak dalam, melepasi satu meter, cukup cukup untuk batang mop tu. Bila saya godek(?) bahagian dalam lubang tu terasa agak keras dan liat. Selepas beberapa kali cubaan akhirnya lelemak tersembur dari dalam lubang tu. Saya biarkan semuanya terapung sebelum pam semula. Selepas dua kali pam, air kotor dari sinki dapur dan lantai bilik air pun mengalir memasuki lubang kumbahan dengan lajunya. 

Lubang kumbahan (yang bentuk empat segi atas lantai) tidak jauh dari lubang air.

Alhamdulillah... sesungguh semua yang terjadi dengan kehendak Allah jua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam. Moga Allah bantu.🌹

No comments:

Open house selagi Syawal (Part 2)

“Mas, free tak harini? Jom teman Kak Zai pergi beraya.” Bila ada teman seperjuangan ajak beraya, haruslah kita terima dengan tangan terbuka....