Monday 2 October 2017

Ikan Segar Pantai Sepat

Semalam hubby balik dari program Etiqa. Depa pi bagi sumbangan kepada sekumpulan nelayan di Pantai Sepat, Kuantan. Sumbangan tu adalah hasil daripada kutipan zakat dan sumbangan masyarakat melalui Etiqa Takaful. Depa agihkan sumbangan duit dan peralatan nelayan seperti pukat, pelampung, jaket dan lain-lain peralatan untuk kegunaan nelayan turun ke laut. Yang terharunya pihak nelayan sana pakat bagi ikan segar sorang sekotak sebagai cenderahati. Allahu.... sungguh terharu dengan sifat pemurah mereka. 

Katanya nelayan di sana naik dari laut pada jam 11 pagi dengan hasil tangkapan memasing. By the time hubby and team sampai dalam pukul 3 petang depa dah siap packing dalam kotak polistrin tu. Buka-buka kotak tengok setambun ikan. Penuh dengan ikan-ikan segar baru naik dari laut. Ada seekor ikan jenahak besar gedabak. Seumur hidup saya tak pernah pulak dapat ikan sebesar itu. Rasanya berat dia dalam 3 kilogram. Juga ada sekor ikan lain lagi tapi saya tak berapa pasti namanya.  Mungkin kerapu. Besar gedabak juga. Ada empat ekor sotong sebesar lengan serta sebesen anak-anak ikan merah dan ikan kerisi. Jenuh jugak nak menyiang ikan-ikan tu. Alhamdulillah skill menyiang ikan masih bersisa. Tak sia-sia pengalaman saya dan kawan-kawan berselut dan berlumpur menangkap ikan keli dan haruan dalam bendang masa kecik-kecik dulu.
Jenuh nak mengerjakan ikan jenahak ni.....
Siap dengan anak lesung nak ketuk kepala ikan tu.
Berkali-kali mencuba dengan segala kemampuan yang ada
Kepingan jenahak segar.

Saya kelebek siang buang perut satu-satu.
Ikan apa tah yang besar tu, rasa-rasa macam ikan kerapu.

Sotong celup tepung

Petang tu saya masak asam pedas kepala ikan jenahak dan sotong celup tepung sahaja. Punyala besar sotongnya, sekor pun dah cukup untuk hidangan satu keluarga. Alhamdulillah rezeki Allah datang dalam berbagai cara.


No comments:

Ganti hose paip air (bidet spray)

Hari ini kita sambung kerja-kerja di bilik air pulak. Kebetulan hubby ajak keluar lunch di Melawati Mall, ayuhlah kita singgah beli barang d...