Minggu lepas ikut hubby pi visit student yang buat practical training kat Sabak Bernam. Minggu sebelum tu pun patutnya nak ngekor jugak. Tapi sebab kat Kuala Terengganu malas pulak nak fly. So hubby pi sensorang. Sejak-sejak insiden MH370 saya rasa fobia je bila dengar nak kena naik flight.
Saya lebih suka naik kereta. Suka la sebab boleh sit back and relax. Ada driver kat sebelah. Boleh lah sembang-sembang je sambil melihat keindahan alam. Dah lama tak travel jauh-jauh dan melihat keindahan dan ketenangan suasana kampung sepanjang perjalanan. So peluang pi Sabak Bernam bebaru ni amat bermakna. Tak pernah sampai ke sana so agak peghak jugak la. Sungguh... tempatnya sangat jauh dari kesibukan bandar. Macam kat hujung dunia.
Institut Perakaunan Negara, Jabatan Akauntan Negara Malaysia,
Jalan Bagan, Sungai Lang, Sabak Bernam.
Sementara nak tunggu hubby habis meeting tu pepandai la nak bawa diri cari ketenangan dihati. Mula-mula pi cari kudapan. Kena keluar dalam 7 kilometer juga untuk cari kedai. Mujur ada kawasan pantai. Tapi nampak macam tak friendly. Nampak kosong je. Ada la beberapa budak-budak cari kerang dan pakcik-pakcik balik memancing. Agaknya sebab masa tu dah hampir tengahari. Orang semua dok berehat dalam rumah. Kami je buat peghak. Apahal nak bersiar-siar kat tepi pantai masa tengahari camtu. Kutip kulit kerang pulak tu. Hmmm.....
Pantainya cantik bersih. Teringin nak buat istana pasir tapi dress code tak mengizinkan.
Mengkudu. Segar dan lebat berbuah.
Teringin nak petik buat jus mengkudu tapi takut bertuan. Susah pulak nak minta halal nanti..
Bunga apa tah. Cantik pulak nampak dalam panas mentari cam tu..
Cuak juga nak pusing-pusing melihat kawasan. Dah la bawa kereta hubby. Dengan Nina aje. Saspen je pakcik gad tu tengok saya keluar masuk kereta. "Macam tak sesuai je makcik ni pakai kereta..." Kata pakcik gad tu dalam fikiran saya. Usai hubby meeting kami terus cari lunch kat Pekan Sabak Bernam. Lepas tu berhenti solat Jumaat kat Masjid Jamek Sabak Bernam sebelum ke Utara pulak.
P.S Mudah-mudahan ada rezeki untuk datang ke sini lagi. Nak tengok keindahan bendang nan menghijau pulak.
No comments:
Post a Comment