Monday 8 December 2014

Jalan-jalan The Curve

Dah lama rasanya tak pi bersantai di The Curve. Last time pergi pun sebab sibuk nak cari laptop Iman. Nak yang 'improved' version untuk buat kerja-kerja projek dia. 

Sebelum tu ada lah juga pi jenjalan. Tak ingat dah bila. Dah setengah tahun kot. Saja jalan-jalan cuci mata. Pekena sup tulang kat Ma' Cik Biryani sambil-sambil menikmati hiasan dinding dia yang cantik tu.
En Prof...pi lah mana pun mesti cari buku.

Sup tulang kurang masin.. 
Hiasan dinding. Semua gambar herbs. Hmm...idea menarik untuk projek lepas pencen nanti. 

Semalam saja ajak Hubby pi Ikea. Saja nak cari idea untuk make over benda-benda kat rumah ni. Kalau dah namanya keluar rumah kol 11.00 memang susah lah nak dapat parking yang strategik. So kami parking je kat Kidzania pastu lintas je jalan ke Ikea.

Sempat lagi berangan...
Beriya ukur sarung sofa takut tak kena dengan sofa yang dah ada..
Assistant in action.
Sedar tak sedar dah lebih sejam dok bersantai dalam Ikea tu. Dah penuh dah segala idea dalam kepala. Nak kena isi perut lah pulak.

"Happy birthday Ayah...Terimakasih belanja kita orang!"
Tu yang sebenarnya. Konon nak sambut bitrhday hubby. Patutnya kami yang belanja. Tapi cam terbalik pulak. Kami pulak yang makan beriya-iya. Hubby pulak kena belanja macam-macam kat Ikea tadi. 
Hubby ngan birthday cake ciput...Sizzling Brownie with Ice Cream.
Happy birthday Ayah. Moga panjang umur dah dimurahkan rezeki....


P.S Hmm... La ni banyak benda dah terbalik pun...

No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...