Monday, 9 June 2014

Kenduri kawen di Kelab Darul Ehsan

Sejak akhir-akhir ni hubby kerap juga menerima jemputan kahwin anak kawan-kawan atau rakan sekerja. Buat pulak kat club house, hotel atau ala-ala hotel. Saya cukup 'bercinta' kalau terpaksa menemani hubby pi kenduri kat tempat-tempat macam ni. Ada dress code dan protokol bagai. Tak boleh bawa anak sebab jemputan tu kata '..and spouse' saja. Sian anak-anakku kena tinggal. 

"Umi ni ...baju tu lah pakai gi kerja. Baju tu lah pakai gi jenjalan shopping. Baju tu juga ke nak pakai gi kenduri? Dah la malam-malam. Pakai la yang lip-lap lip-lap..."

Dah banyak kali dah saya kena leter ngan Iman. Dia ingat umi dia ni suka sangat ke berfesyenista, hijabista apa ke benda tu..Leceh betul nak kena fikir benda-benda remeh ni..

"At least pakai lah sedondon ngan ayah.." Adoyai...

Semalam ada jemputan kenduri di Kelab Darul Ehsan. Kami keluar awal sebab takut jalan jem. Kawasan Ampang ni memang dah biasa dengan masalah jalan jem. Kol 7.45pm dah keluar rumah. Alhamdulillah jalan okay pulak. Dalam kol 8.15pm dah sampai. Terus register kat pintu masuk.

"Table 2, Prof..."

Ni lagi satu hal. Depa dah tetapkan meja kita. So tak ada peluang la nak duduk dengan geng-geng yang kita kenal. Ada sorang dua je pun yang saya kenal. Yang lain semua muka-muka orang besar-besar. Rasa out of place betul.  Ikut nasib lah kena duduk kat spot mana atau dengan siapa. Tan Sri, Datuk-datuk...

Kemain… meja VIP

Meja pulak betul-betul depan pengantin..

Nak makan kena tunggu pengantin tiba dulu. Sepatutnya program mula kol 8.30pm. Tapi tunda kejap bagi menghormati azan Isya'. Kena tunggu habis acara tepung tawar dan merenjis pengantin. Lepas tu ada ucapan nasihat untuk pengantin pulak. Patut la hubby siap pesan suruh makan dulu sebelum datang. Kalau tidak boleh dapat gastrik. 


Suap pun kena sangat bersopan santun. Kena kontrol ayu. Sebabnya yang duduk semeja tu orang yang saya tak kenal. Hubby je kenal sebab sama-sama rakan sekerja. Kira hipokrit juga la. Sampai akhir baru saya tahu rupanya yang duduk kat sebelah saya tu Mak Datin. Beriya-iya bersembangyang I, you, I, you.. Adoyai...

Alhamdulillah program sangat teratur dan berjalan lancar. By kol 9.30pm dah mula makan. Tapi bercouse-couse la pulak. Lepas hidang nasi depa hantar desert pulak. Kuih manis. Bubur kacang. Buah-buah. 

Lepas selesai pengantin bersantap, ada acara potong kek pulak. Dah siap suap menyuap depa buat acara 'Table to table'. Pengantin akan pergi ke setiap meja tetamu untuk bersalam. Lepas tu baru tetamu boleh balik. 

Extra doorgift untuk VIP. Ferrero Rocher untuk anak-anakku yang kena tinggal.
Dah tinggal bekas je....

P.S Susah juga nak fikir pasal kenduri anak-anak nanti..hmm

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....