Saturday, 26 October 2013

Senyum je lah manis-manis.

Balik sekolah tadi pi singgah kedai runcit. Beli barang dapur dan barang basah. Tu dia....gula dah naik harga. Last time beli sekilo RM2.50 saja. Tup-tup hari ni dah jadi RM2.85 sekilo.

Baru semalam Abe Jik bentang bajet. Hari ni gula dah naik harga...adoyai. Rupa-rupanya subsidi gula sebanyak 34 sen telah dimansuhkan berkuatkuasa hari ini.

Saya jarang komplen pasal harga barang ni. Tak tau nak komplen kat sapa. Ramai cendikiawan dan cerdik pandai dok bercakap pasal harga barang yang asyik naik. Tapi macam tu lah jugak. Cakap banyak pun harga barang tetap naik. Yang merana dan susah payah ikat perut nak berjimat adalah golongan marhaen. 

Dalam bidang sejarah golongan marhaen dikelaskan kepada golongan bawahan atau rakyat biasa dalam tata tingkat masyarakat pada zaman Rom purba, sebab itulah dalam Kamus Dewan rakyat jelata seperti petani, nelayan, dan sebagainya dikatakan sebagai golongan marhaen.

Keputusan kerajaan menaikkan harga tepung dan gula adalah demi menjaga kestabilan ekonomi negara di samping menjaga kesejahteraan ...The malaysian insider.

'Persatuan Perubatan Malaysia puji langkah naik harga gula'.. Yahoo News Malaysia.

Orang yang senang dapat duit tentu tidak merasa sangat kesan kenaikan harga barang ni. Tapi kalau yang kerja kais pagi makan pagi, kais petang makan petang?

Makan karipap dengan minum air kosong je lah.... 
Hmm....


No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....