Saturday, 19 October 2013

Cawan Pyrex Pinggan Arcopal.

Saya bukan la peminat pinggan mangkuk. Tak pernah pun terfikir nak buat koleksi hiasan penuh lemari. Yang ada kat rumah tu pun semuanya untuk keperluan harian dan untuk tetamu yang datang bertandang. 

Yang anehnya saya dah mula terfikir nak beli pinggan mangkuk ni masa saya mula buat A-Level lagi. Masa tu kebetulan ada kawan saya yang sibuk nak nikah muda. So dia pun sibuk dok mengumpul pinggan mangkuk Pyrex made in England. Sungguh dia memang beli the complete set. Dari kaserol, dinner set, tea set, dan segala bagai. Semuanya Pyrex. Saya ni sebab selalu sangat pi teman dia shopping tergerak hati lah jugak nak membeli. Beli cawan ngan piring je pun. Sedozen. Set itu lah yang saya guna sampai sekarang. Setelah lebih 20 tahun, cawan dan piring Pyrex saya tetap utuh. Tak pecah walaupun guna hari-hari. Ke sebab tuan punya pandai jaga? Jimat duit hubby.
Dah lebih 20 tahun usia set cawan pyrex ku ini.

Suatu hari kawan saya tu datang bertandang ke rumah setelah lama tidak berjumpa. Seperti biasa saya hidang je juadah apa yang ada kat rumah.

"Tu dia....ada lagi cawan ni??.. Design zaman bila nih?????....Payah nak jumpa kat kedai ni!!. Kena pi cari kat kedai antik ni..."


Alahai.... Nak kutuk kutuk pulak. Dah tak hingat la tu sapa yang dok teman dia pi shopping dulu. Pinggan mangkuk dia pulak semua dah masuk muzium dan banyak yang dah pecah. Saya pulak tak pernah kisah, guna je selagi boleh.


Untuk pinggan mangkuk saya lebih suka set Arcopal made in France sebab design lebih lembut dan lebih ringan. Set-set ni depa biasanya jual samada set 4 atau set 6. Saya beli la dua set dinner untuk 4 orang. So dapat la 8 set. Alhamdulillah tetap utuh juga sampai sekarang. Sepatutnya ada mangkuk tapi semua dah arwah sebab anak-anak selalu guna untuk makan cereals.
 Set arcopal.

Hubby pun tak pernah komen hari-hari saya hidang pakai pinggan yang sama. Sebab makanan sedap kot. Cuma baru ni terfikir nak  tukar angin. So beli lah set dinner baru. Pinggan porcelain. Design empat segi. Tapi berat la pulak. Nak terseliuh tangan saya. Agak mengada la kan. Bila dah biasa guna pinggan arcopal yang ringan, berat sikit pun dah terasa. 
Set untuk 6 orang. Cantik tapi sangat berat.

So baru-baru ni terus teringin nak beli pinggan mangkuk baru. Apa lagi. Google cari pinggan online. Sesuatu yang tak pernah saya buat. Last-last berkenan kat pinggan Corelle empat segi pulak. So malam tadi terus order online dan bayar guna Maybank2u.

"Boleh percaya ke Umi? Takut scam!!" Susah payah pulak Iman menggoogle nak make sure Uminya tidak tertipu. Mudah-mudahan okay bukan scam. Tak ada report kata dia scam. Dia dah pos guna Gdex. Insya Allah akan tiba pada hari Isnin nanti. Tengok testimonial ramai kata pinggan ni bagus. Tahan lama. Harap-harap dapat bertahan for another generation. Dayah dah cop buat pusaka.. 





No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...