Wednesday, 13 March 2013

Resepi baru, belum cuba, belum tahu....


Dah lama saya tak berlunch date dengan Hubby. Dah dekat sebulan kot. Alasan? Sibuk ngan sukan sekolah. Tambah pulak dengan jadual waktu sekolah tahun ni tak berapa nak matching dengan lunch break Hubby. Agak sukar nak berdating...

Alhamdulillah semalam berpeluang pi Rumah Thai kat Melati Prima. Mulanya Hubby nak order kari hijau Thai. Saya memang tak pernah makan. Usah kan makan, tengok pun tak pernah. Peghak sungguh! Tapi dah habis pulak. So makan je la apa yang biasa saya makan. Tomyam Songkla, ayam pandan, telur bistik dan kerabu mangga muda.

Balik rumah petang tu saya pun google lah nak tengok macamana la rupa bentuk kari hijau Thai nih. Konon nak cuba masak untuk dinner pulak. Kebetulan Hubby ada kelas malam, so konon nak buat surprise lah...Haha..surprise la sungguh! Punya la banyak bahan yang nak digunakan utk buat pes dia. Malang sungguh, bahan2 tu tak ada dalam stok saya. Maklum la tak sempat nak bershoping2 sejak2 kalut ngan sukan ni. Akhirnya masak je la apa yang biasa saya masak. Ayam masak merah, pajeri nenas dan ikan kerisi goreng garing.

Apa2 pun saya save lah resepi yang agak2 sesuai dengan tahap kerajinan saya. Banyak versi sebenarnya. Saya pilih yang agak mudah. Insyaa Allah boleh la saya menambah koleksi resepi campak mencampak saya.

KARI HIJAU AYAM
Bahan untuk dikisar (utk buat pes kari hijau)
2-3 btg serai dihiris halus
4-5 ulas bawang putih
1-3 cili hijau (jika nk pedas, blh tmbh lagi)
5-6 biji bawang merah
Halia sebesar ibu jari (dihiris)
1/2 cawan daun ketumbar segar (dicincang kasar)
1/2 cawan daun selasih segar (basil leaves)
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
3 sudu besar sos ikan
1 sudu kecil belacan
1 sudu besar jus limau nipis / kasturi
1 sudu kecil gula perang / gula biasa
1/4 cawan santan kelapa
1/2 - 1 inci kunyit hidup
1/2 inci - 1 inci lengkuas (dihiris)
Bahan-Bahan Lain
1/2 ekor ayam (dipotong)
Daun limau purut
Santan kelapa
Air suam
Air stok ayam (optional)
Bahan-Bahan Sayur (boleh ikut selera sendiri)
Lada benggala hijau & merah (potong dadu)
Kacang panjang / Kacang buncis (hiris serong)
Tomato (dibelah 2 atau 4)
Terung (potong sederhana - jgn terlalu nipis)
* Boleh juga letak kentang
* Sukatan dan ukuran semua bahan-bahan boleh diubah ikut selera dan kesesuaian masing-masing.

Cara memasak:
Dengan api sederhana, panaskan kuali dengan minyak & tumis pes kari tadi sampai naik bau wangi. Kemudian masukkan santan kelapa & kacau sebati.
Masukkan ayam dan kacau sebati. Kemudian masukkan daun limau purut. Jika kurang air, tambah santan / air stok ayam dan air suam. Kacau sebati. Tutup kuali dan biarkan mendidih. Kacau sekali sekala.
Apabila ayam sudah hampir masak, masukkan bahan-bahan sayur. Bila nak hidang hiaskan dengan daun ketumbar & hirisan limau nipis.
Kalau ada lebihan pes boleh simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan masa akan datang.

Macam senang je. Insyaa Allah saya akan cuba resepi ni suatu hari nanti. Patutnya cuba dulu baru buat entry. Apa la....

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....