Tuesday, 26 March 2013

Memasu pulak..

Hari ini saya berkebun lagi. Selepas siapkan breakfast (mihun je pun) dan menghantar anak bujang saya pi training bola terus sinsing tangan alih pokok2 hiasan saya yang struggling untuk hidup tuh. Kesian depa. Dah la nak kena berebut sesama sendiri untuk hidup, datang pulak rumput rampai yang menyibuk tumpang sekaki. Pokok2 tu saya cabut dan pecahkan kepada beberapa pasu lain.


Ni pokok bunga mahkota berduri. Baru je tahu nama dia. Malam tadi saya google. Dia ada macam2 warna. Tapi saya suka warna kuning je. Asalnya sepasu tapi saya pecahkan jadi 5 pasu. Bayangkan betapa seksanya mereka bersesak2 untuk hidup dalam satu pasu yang sempit. Serasa kejam pulak selama ini...Astaghfirullah.. 

Yang ni saya masih tak tau nama apa. Saya pecahkan jadi 3 pasu. Yang tak tahan tu siput babi suka benar dengan pokok ni. Dah jadi macam sarang  depa pulak. Setiap pagi ada aje sang siput tu dok bertenggek kat dalam pasu. Setiap kali juga saya kutip dan lempar ke luar pagar. Esoknya ada balik. Menguji kesabaran betul.

Pokok di atas ni pun tak tau juga apa nama dia. Saya dah lama berkenan ngan pokok daun ni. Hari tu pesan ngan Cikgu Zalina tolong belikan kat sungai buluh. RM5 je sepohon. Dah agak besar saya ubah jadi 2 pasu.

Pokok puding kat atas tu pun dah besar panjang..eh tinggi. Nanti nak kena alih ke atas tanah. Nak kena korek lubang dulu.

Yang di atat ni pulak kena pasang kayu pencancang sebab pokok jenis memanjant. Saya main belit je kat kayu tuh. Tak ada seni langsung.. Bunga dia pun kuning juga. Berbunga masa beli dulu je. Lepas tu macam dah merajuk tak nak keluar bunga lagi. Masih tak tau nama apa.. Main tanam je.

"Umi ni tak habis2 ngan pokok.." Haha.. anak2 saya dah mula dengki. Selama ni saya hanya membelai depa siang malam. La ni saya dah mula berpaling tadah.. Sian anak-anak saya. Biar lah. Depa dah besar panjang, dah pandai jaga diri sendiri. Rasanya tak salah saya menyemai semula hobi yang tak sempat saya penuhi selama ini.

Apa-apa pun betul lah kata orang menanam ni kena banyak bersabar. Macam bela anak. Kena jaga dengan penuh kasih sayang. Insyaa Allah mereka akan subur dan menyejukkan mata memandang.

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....