Sunday 22 November 2009

Semangat tuh..

Tadi baru balik kursus MGI. Baru dapat suntikan or rather semangat baru untuk tahun baru. Nak kena renew azam yang belum tertunai tahun ni untuk tahun depan pulak. Azam saya?? Setiap tahun sama jer... nak buat yang terbaik dalam apa saja. Apa saja??
Malang pulak kursus tu clash ngan program Takrim sekolah rendah. So terpaksalah saya attend program sebelah pagi je, sebab petangnya nak kena tengok anakanda terima hadiah pulak. Kang kecik hati pulak kalau bonda tak ada.. Alhamdulillah walaupun hanya dapat attend program separuh jalan je, saya masih mendapat manafat yang besar. Selain berjumpa semula kenalan lama, saya dapat kenalan baru.
Perkara yang paling terkesan pada saya ialah menjadi guru perlukan banyak pengorbanan. Guru perlu menjadi pelajar pada masa yang sama. Penceramah memetik kata-kata William Hart ( siapa ya) " A great teacher inspires". Huhu..jauh lagi tu.
Apa-apa pun mudah-mudahan saya mampu melahirkan anak-anak yang soleh dan solehah yang akan mendoakan saya kelak. Mudah-mudahan juga ilmu yang saya curahkan bakal menjadi ilmu yang bermanfaat... Amin.

No comments:

60 Days In UK: Rumah Sewa 4

Jumaat, 15hb Mac 2024 Hari ini dah masuk hari ke-44 kami berada di bumi bertuah ini. Kalau ikut orang bersalin, masa ni dah habis tempoh ber...