Dah lama pokok bunga Cik Bedah pupus dari halaman saya. Sungguh, saya merindui semua pokok dengan bunga-bungaan segar yang memenuhi halaman rindu saya suatu ketika dahulu. Banyak masa (senggang) yang saya abadikan di halaman dan bersembang dalam diam dengan makhluk Allah ini. Yang pasti, semuanya mendengar keluh-kesah saya tanpa judging…
 |
| Cik Bedah berbunga sulong. |
 |
| Subur merimbun. |
 |
| Dah mula bertukar warna hijau kepada warna pinkish. |
 |
| Suatu ketika dahulu. |
 |
| Semuanya tinggal kenangan. |
 |
| Bunga Rose kesayangan kini telah tiada. |
Selepas dua bulan berkelana menemani hubby di London, kepulangan saya disambut oleh pokok-pokok kesayangan yang terkulai layu. Semuanya mati kekeringan tidak boleh diselamatkan lagi. Hanya ada beberapa pokok heavy duty yang mampu bertahan segala dugaan. Kini saya cuma berpada dengan apa yang ada sahaja. Mudah-mudahan jika saya perlu berkelana lagi, pokok yang ada itu mampu bertahan hingga saya pulang. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment