6hb September 2026
Saya bukanlah peminat atau orang seni. Tapi kadang-kadang boleh je menikmati hasil seni orang lain. So bila anak no-3 yang ada sedikit DNA seni mengajak ke Pameran Seni Cinta Buatan Malaysia di Balai Seni Negara maka bolehlah makcik memenuhi minat yang datang menjenguk sekali-sekala.
 |
| Pandangan dari depan Balai Seni Negara, KLCC di kejauhan. |
 |
| Replika Rumah Melayu no 41 Jalan Chow Kit aka rumah degil. |
 |
| Sambil berangan duduk di tangga dengan cucu nan seketoi. |
 |
| Sejarah Rumah Kayu… nak baca apa pun tak nampak. |
Pengunjung agak ramai. Macam-macam aktiviti disediakan terutama untuk budak-budak. Tapi nenek budak tak minat nak melayan, so kita ke sudut melukis potret. Depa caj RM25 untuk satu wajah.
 |
| Potret cucu berusia 3 tahun tapi dah nampak macam anak dara pulak. |
 |
| Potret Nenek dan TokAyah… jauh tersasar dari pandangan nyata. |
Banyak pameran tentang seni visual, filem dan budaya era 70-an hingga 80-an. Depa jadikan koleksi Cinta Buatan Malaysia era 1979-1989.
 |
| Menelusuri pameran seni filem di era 70-an hingga 80-an. |
 |
| Seni muzik era 80an. |
 |
| Cat atas tong dram tahun 1989. |
 |
| Bas mini Kuala Lumpur… pernah menjadi kenderaan saya pergi dan balik kerja diawal tahun 90an. |
 |
| Kasut putih Fung Keong, kasut sekolah femes semasa saya di sekolah rendah di akhir tahun 70an… masa tu belum mampu nak beli kasut Bata. |
Kami hanya pusing keliling dewan melihat hasil seni yang dipamerkan. Kebanyakannya berbentuk abstrak… hanya pencipta dan yang Maha Pencipta yang dapat memahami karya seni yang ada. Saya pun turut cuba memahami beberapa hasil seni yang menarik perhatian saya. Dek kerana tiada DNA seni yang diwarisi maka kita taksirkan sendiri mengikut rasa hati.
 |
| Seni hasil daripada jaring ikan dan origami bentuk serangga. |
 |
| Lama saya duduk meneliti hasil lukisan cat minyak ini. Ada seekor rama-rama di luar jendela di atas awan... |
 |
| Suapan dan rasuah, mungkin. |
 |
| Tak pasti batu apa dan kenapa begitu susunannya. |
 |
| TokAyah dan cucu nan seketoi beramah mesra dengan Kakak Di Tepi Jendela. |
Begitulah serba sedikit aktiviti bersama cucu dihujung minggu. Apa-apa pun, seni itu halus dan kata orang bijak pandai, orang seni mempunyai jiwa yang halus. Mudah-mudahan ada sedikit DNA seni (ayahnya seorang arkitek) mengalir ke dalam darah cucu nan seketoi ini serta memiliki jiwa yang halus juga. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment