Weekend yang lepas bukan main berkobar-kobar semangat nak keluar berjogging. Namun jerebu yang melanda bumi bertuah ini masih enggan beredar. Walaupun dah keluar rumah, kami terpaksa berpatah balik demi kesihatan warga emas.
 |
| Keadaan jerebu yang agak teruk. Tak pasti berapa IPUnya. |
 |
| Kelam. |
 |
Bunga ros Jepun mekar di halaman rindu buat pengubat duka. |
 |
| Kemboja merah depan rumah. |
Kami singgah beli nasi dagang bungkus buat sarapan di rumah. Lepas sarapan kami keluar mengopi di Zus Coffee sambil buat kerja hingga lewat tengahari. Dah alang-alang tak dapat berjogging, kita gantikan masa yang terluang dengan buat kerja lain pulak.
 |
| Matcha latte Lydia. |
 |
| Bekalan menemani hubby mengopi & buat kerja. |
 |
| At work as always. |
Sebelah petang anak no-3 dan sibongsu balik rumah pow ayah ajak keluar dinner. Kami ke Serai KL East. Ayah yang baik hati layankan sahaja.
 |
| Early dinner @ Serai KL East. |
Alhamdulillah, selesai satu hari panjang. Semoga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik dan rezeki yang melimpah ruah. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment