25hb Disember 2025
Cuti hari Krismas minggu lepas kami sempat memenuhi jemputan kenduri kahwin anak kepada rakan sekerja saya dahulu. Depa buat kenduri di D’Tunjung Banquet Hall, Kota Damansara. Dewannya cantik. Semasa kami tiba tetamu dah ramai. Saya hanya sempat bersalaman dengan tuan rumah di pintu masuk dan bergambar cepat-cepat.
![]() |
| Dengan ibu pengantin. |
Sahabat saya ini bermastautin di Oman. Dan hari ini mereka menerima dua orang menantu sekali gus untuk kedua-dua anak perempuan mereka yang sedang menyambung pelajaran di Universiti tanah air.
![]() |
| Adik dan pasangannya. |
![]() |
| Kakak dan pasangannya. |
Alhamdulillah dapat bersua dengan mantan guru-guru yang sama tempat kerja dahulu, bersalam dan bertegur sapa sepatah dua. Kami tidak dapat berlama-lama kerana memberi laluan tempat duduk kepada tetamu yang lain pulak.
![]() |
| Antara yang sempat bergambar kenangan. |
![]() |
| Sahabat guru yang selalu dalam ingatan. |
Terimakasih kepada tuan rumah atas jemputan. Tahniah kepada kedua-dua mempelai. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya. Aamiin. š¹
Sekian.š






No comments:
Post a Comment