Saturday, 3 January 2026

Repair pintu kabinet bawah sinki dapur

Kabinet dapur saya dah berusia hampir 15 tahun. Saya pasang bersekali dengan renovate rumah sebelum mula-mula pindah masuk ke rumah ni dahulu. Walau bahagian lain masih utuh, pintu bawah sinki mula kembang dek percikan air sinki… menandakan tuan rumah yang rajin bekerja di dapur, masak-memasak dan basuh-membasuh. 

Mula-mula pintu sebelah kanan semakin senget apabila engsel pintu bahagian bawahnya tertanggal. Bila di semak balik rupa-rupanya engsel pintu kabinet pun dah berkarat. Punyalah tuan rumah ni tidak ambil kisah perihal maintenance. Tahu buka tutup buka tutup pintu sahaja. Bila keadaan begini, kita cuba buka tutup dengan lebih berhemah. Namuh bila engsel pintu sebelah kiri pulak tercabut maka terpaksalah kita ambik tindakan.

Mula-mula saya cuma tambahkan paku keliling tapak engsel tu. Tapi lama kelamaan ianya tertanggal semula. Akhirnya saya cabut semua dan pasang engsel baru. Kita DIY sahaja dengan kudrat yang ada.

Engsel lama dengan tapak yang reput.

Kebetulan semalam saya menemani hubby buat kerja di Datum Jelatek, saya ambik peluang ke Mr DIY beli engsel pintu. (Dan seharusnyalah penuh troli dengan barang-barang lain juga.😁)

Engsel pintu kabinet saiz medium.

Peralatan sedia ada.

Done untuk sementara waktu.

Semoga dapat bertahan untuk beberapa waktu lagi. Abaikan lubang bekas angsel lama.😁

Saya dah berangan untuk ganti semua pintu kabinet yang rosak tu. Tapi kita tengok sebut harga dan bajet dahulu, juga bila masa yang sesuai. Kalau ada rezeki tidak kemana. Buat masa ini kita berpada dahulu dengan apa yang ada. Mudah-mudahan Allah kurniakan rezeki yang lebih baik selepas ini. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Family Lunch Date @Rembayung

Rabu 21hb Januari 2026 Sejak dibuka awal bulan ini bukan main lagi anak-anak dok battle untuk dapatkan slot untuk makan di Restoran Rembayun...