Antara pokok heavy duty yang masih bertahan di halaman rindu saya adalah pokok bunga kertas putih dan merah serta pokok YTT. Hampir sebulan yang lepas saya pangkas semua daun serta potong dahan dan ranting. Saya gembur tanah dalam pasu dan bubuh baja. Kemudian saya susun tiga pasu berderet dan namakan mereka tiga sekawan.
 |
| 17/10/25: Kita susun pasu tiga sekawan. |
 |
| 20/10/25: Pokok tiga sekawan mula mengeluarkan tunas baru. |
 |
| 27/10/25: Pucuk-pucuk daun mula membesar. |
Dan hari ini (5/11/25), selepas hampir sebulan dipangkas, dibaja, dibelai dan disiram setiap hari pokok tiga sekawan ini telah memberi kegembiraan berganda kepada tuannya.
 |
| Pokok YTT berbunga penuh.🥰 |
 |
| Bunga kertas putih. |
 |
| Bunga kertas (sepatutnya merah) sedang mabuk daun namun kita tetap sabar menanti bunganya keluar. |
Alhamdulillah. Semoga pokok-pokok lain juga akan mengikut jejak tiga sekawan ini. Aamiin. 🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment