Monday, 3 November 2025

Scaling Gigi & Cabut Gigi Geraham Bongsu

Dah beberapa lama dah gigi geraham atas sebelah kanan ni asyik rasa ngilu setiap kali tergigit benda keras. Dalam bulan Januari tahun ini saya dah jumpa dentist tapi katanya tiada masalah, gigi masih cantik, tampalan masih okay dan tiada lubang. Katanya kalau nak tahu lebih lanjut kena buat scan kot-kot ada root decay yang tak nampak dengan mata kasar. So saya hanya bertahan dan berhati-hati bila mengunyah benda keras.

Namun sejak akhir-akhir ini gigi itu asyik sakit sahaja bila menggigit/mengunyah apa sahaja makanan, hatta makanan yang lembut. So mahu tidak mahu terpaksalah saya ke dentist semula selepas hampir setahun. 

Saya target untuk berjumpa dengan doktor tertentu. Kebetulan hari ini dia bertugas sesi petang maka saya keluar rumah pukul 2 petang dan menjadi patient pertama bila depa bukak klinik pada pukul 2:30 petang.

Klinik pun lengang.

Doctor nasihatkan untuk cabut sahaja sebab gigi bongsu biasanya tidak penting. Lagipun tampalannya macam dah retak so tak perlu nak simpan lagi. Saya cuak juga memikirkan kesan cabutan gigi kepada diri sendiri. Lagipun saya datang seorang diri. Takut pulak memberi kesan kepada pemanduan balik nanti. Lagipun makcik ni old fashion, benda selagi boleh guna kita nak guna. Tapi bila difikirkan balik, eloklah kita utamakan kesihatan yang lain. Penat jugak nak menahan sakit setiap kali tergigit. Dan bila doktor meyakinkan tiada masalah untuk saya bawa kereta selepas cabut gigi, maka ayuhlah kita singkirkan benda-benda yang mengganggu ketenangan jiwa selama ini.

Saya minta doktor buat scaling dahulu sebab dah setahun tak buat scaling. Lepas dah cuci bersih baru kita cabut. 

Saya suka doktor yang seorang ini sebab kerjanya sangat berhati-hati. Sebelum cabut, doctor sapu ubat bius di geraham keliling gigi. Kemudian doktor cucuk ubat bius di kiri kanan gigi pulak. Terasa sedikit sakitnya semasa doktor cucuk jarum bius. Doktor biarkan dalam lima minit untuk ubat bius itu berkesan. Lepas itu bermulalah operasi mencabut gigi geraham bongsuku. Jenuh jugak doktor nak goyangkan pangkal gigi itu sebab akarnya masih elok dan kuat dan tiada sebarang kerosakan. Saya dapat melihat proses mencabut gigi dari biasan cermin lampu di siling. Sambil itu tidak henti-henti saya berselawat dan mengucap syahadah. Dah macam nak beranak pulak gayanya.

"Okay dah siap..." Alhamdulillah tanpa sebarang rasa sakit, tiba-tiba doktor tunjukkan gigi yang sudah dicabut.

Done. Nampak tampalan lebih 30 tahun yang lepas. Doctor zaman dulu guna simen warna hitam untuk tampal gigi berlubang. Sebab tu masa kecik-jecik dulu kami panggil simen gigi.

"Lepas satu jam dah boleh makan makanan lembut dan sejuk. Jangan ambil makanan panas. Kalau sakit boleh makan ubat tahan sakit." Pesanan doktor yang sangat jelas.

On the way balik saya singgah beli air Cendol Monster, cukup memenuhi kriteria makanan lembut dan sejuk. 

Cendol pulut special.

Mudah-mudahan tiada lagi gigi yang sakit selepas ini. Aamiin.🌹

{Cerita sebelum ini }

Sekian. 😊

No comments:

Pokok Bunga Kertas dan YTT

Antara pokok heavy duty yang masih bertahan di halaman rindu  saya adalah pokok bunga kertas putih dan merah serta pokok YTT. Hampir sebulan...