Isnin, 15hb September 2025
Hari ini hari ke-2 kami di UK. Kami menginap di hotel Premier Inn Heathrow untuk dua malam. Pepagi lagi hubby dah ajak turun sarapan di kafe Costa Coffee yang terletak di lobi hotel, tingkat 1. Saya cuma order air hot chocolate. Pagi tadi saya bangun pukul 2.30 pagi dan makan sandwic prawn mayo left over malam tadi. Usai minum saya dan hubby keluar ambik angin pagi di perkarangan hotel. Suhu pagi ini adalah 14°C.
 |
Menikmati dingin pagi dengan minuman panas. |
Kita tinggalkan anak no-2 untuk sambung study di meja kafe. Masih ada masa 4 hari hingga hari Khamis untuk dia study for the exam under strict supervision ayahnya. Bila dah selesai sesi pagi baru boleh take a break untuk jenjalan sekitar London hari ini.
 |
Sibuk ayah nak pastikan anaknya study for the exams. |
 |
Matahari baru mula naik. |
 |
Nak sunkiss kononnya. |
Perancangan hari ini adalah untuk sambung keluar berjalan-jalan sekitar London. So usai anakanda study kami bersiap untuk keluar. By pukul 9:30 pagi kami dah naik Tube Piccadily Line dari Heathrow T4 terus ke stesen Green Park. Suasana dalam train agak tenang kerana dah lepas waktu puncak orang keluar ke tempat kerja.
 |
Kemain sengih dalam tube. |
Kami tiba di stesen Green Park dalam pukul 10:30 pagi dan terus berjalan laju-laju melalui The Green Park untuk ke Buckingham Palace. Hajatnya nak tengok proses changing guard depan istana yang bermula pukul 11:00 pagi. Namun by the time kami tiba pengunjung lain dah sangat ramai. Kami hanya dapat menyelit dicelahan manusia yang ada. Saya pun tak pasti apa istimewanya proses changing guard itu. Yang pasti ramai pengunjung yang datang lebih awal, ada yang siap bertenggek atas sepanjang tembok pagar. Terasa bodoh pulak bila kita hanya menambahkan bilangan pengunjung tanpa dapat melihat apa-apa. Akhirnya saya hanya duduk di perkarangan istana menikmati cuaca yang cerah, terang dan nyaman dengan suhu 17°C sementara anak-menantu dapat rezeki menyelit depan pintu pagar utama istana untuk merakam gambar dan video proses changing guard tersebut.



Seronok anak menantu dapat menyelinap masuk ke depan istana untuk merekod video dan bergambar dengan kuda dan guard semasa proses changing guard berjalan. Nanti kita tengok youtube sahaja. Sementara menunggu depa selesai, saya dan hubby berehat sambil minum-minum di gerai St James's Park yang terletak di hadapan istana. Bila semua dah reda barulah kita masuk ke dalam pagar istana semula untuk bergambar dari dekat.
 |
Dalam St James’s Park yang teduh nyaman. |
 |
Depan istana dalam cuaca yang sangat cerah. |
Selesai semua urusan di Buckingham Palace kami berjalan kaki ke Victoria Underground Station sambil merakam gambar bangunan yang menarik sepanjang jalan. Kami naik tube dan turun di stesen Covent Garden dan sambung berjalan-jalan melihat kawasan.
 |
Pondok talipon warna merah tidak berfungsi lagi. Depa biarkan sebagai hiasan sekitar kota London. |
 |
Menunggu train di stesen Green Park. |
 |
Basikal pokok hiasan sekitar kawasan Covent Garden. |
Walaupun baru masuk hari kedua di tempat orang, hubby dah mula rindu makanan Melayu. So kami ke Restoran Tokdin di London. Menunya sangat menarik. Rule no-1 adalah jangan convert harga. Hubby bayar £120 untuk 4 orang. Nampak macam berpatutan jika harganya dalam unit RM untuk 4 orang makan tapi kalau dah dalam unit £, tiba-tiba terasa hendak mengconvert. Dan sebagai ex-cikgu Math & Akaun haruslah makcik sibuk mencongak... £120 darab 5.7 equals to RM684, ternganga sekejap. Tapi bila tengok hubby rileks je swipe credit card kita pun cool down. Katanya apa salahnya sekali sekala belanja bini dan anak-menantu makan.
 |
Clock wise: Ayam masak merah, udang masak lemak dengan rebung, kari ikan dan sup ekor. |
 |
Alhamdulillah, kenyang. |
Usai makan kami menapak ke stesen Paddington untuk naik train balik hotel semula. Cuaca masih baik walau sedikit gerimis. Semoga hari esok lebih ceria. Aamiin. 🌹
{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment