Jarang saya dapat berkumpul dengan anak-anak perempuan. Namun setiap kali dapat berkumpul ceritanya macam tiada hari esok. Macam-macam perkara yang nak dikongsi.
Kebetulan anak no-5 pulang bercuti dari Jepun maka kita cari ruang untuk berkumpul dan bersembang girls only bersama-sama anak sulong dan anak no-2, make it a girls' day out. Kebetulan hubby ada meeting sepanjang hari so kita ambik peluang buat sampai jadi.
Walaupun anak no-2 sibuk dengan study kita kidnap dia dari library (PPAS) di Bangi dan pekena laksa yummy di Laksa Redup Rimba berdekatan Taman Chempaka, Bangi.
 |
Perpustakaan Awam Selangor, Bangi. |
 |
Laksa Yummy. 😍 |
 |
Tambah cendol. |
 |
Kemain sengih dapat makan laksa. |
 |
Anak bongsu masih dalam fasa pengantin baru. |
 |
Belum cukup korum. |
Usai makan laksa kita ke IOI Mall Putrajaya pulak, meeting point bersama anak sulong sambil makan di Thong Bowl. Saya cuma minum air tembikai dan ceduk sup sesudu dua buat raso-raso. Sepatutnya anak no-2 tu kena sambung study and buat revision tapi dah namanya nak outing, semua itu boleh tunggu. Jalan-jalan dengan Ummi lebih penting, katanya. Mudah-mudahan urusannya juga lebih mudah selepas menggembirakan hati seorang Ummi. 🌹
 |
Ummi’s Girls missing Ciksa & Cikya. |
Usai bersuka-ria di IOI Mall, Putrajaya kita hantar anak no-2 balik Bangi sebelum meneruskan perjalanan balik rumah di Ampang dan singgah di Pasar Malam beli makanan untuk dinner pulak. Alhamdulillah selesai satu hari yang panjang. Semoga menjadi kenangan indah dihari-hari mendatang. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment