Monday, 29 September 2025

UK Trip 2025: London Big Ben & Tower Bridge

Ahad, 14hb September 2025

Hari ini hari pertama kami di UK. Malam tadi dalam flight saya dapat tidur agak lena dan makan pun kenyang. Kami mendarat di Heathrow Airport Terminal 4 dalam pukul 6:00 pagi waktu London. Oleh kerana waktu Subuh dah masuk dalam pukul 5:00 pagi, kami bersolat dalam pesawat sebelum flight mendarat.

Proses imigresen sangat laju kerana kami telah mendaftar (visa masuk) secara online sejak dari Malaysia lagi. Proses claim luggage pun laju. By pukul 7:00 pagi kami dah duduk sarapan di Costa Coffee Heathrow Airport. Usai sarapan kami simpan luggage di Hotel Premier Inn Heathrow. Hubby dah buat booking dua bilik hotel secara online dari Malaysia lagi.

Sebelum apa-apa, kita sarapan dulu.

Perancangan hari ini adalah berjalan-jalan sekitar London sahaja sementara menunggu waktu untuk check-in hotel. Untuk pengangkutan kami menggunakan public transport sahaja terutama keretapi (tube) bawah tanah. Sebelum itu kita top-up kad Oyster (macam touch & go) di vending machine. Kami naik tube Elizabeth Line ke Paddington dan singgah bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Wesminster pulak.

Paddington Station.

Kata orang, tidak sah kalau ke London tanpa mercu tandanya maka kita ambiklah gambar sekeping dua buat kenangan. Sambil tu kita teman anak menantu yang excited bergambar dan buat video. Cuaca hari ini agak berangin dan sejuk. Langit pun berawan, so tak berapa cantik untuk bergambar… namun kita berpada dengan apa yang ada sahaja buat kenangan.

Hubby depan Big Ben.

Kemain anak menantu mencari shot yang sesuai.

Tukar lense camera pulak.

London Eye.

Laluan subway ke Tower of London.

Setelah penat berjalan, perut pun mula lapar, kami singgah beli fish and chips di gerai berhadapan dengan Tower of London. Ada 3 buah gerai fish & chips di sini. Kita pilih kedai halal. Depa letak signboard tanda ‘halal’ depan kedai, so kita percaya sahaja.

Fish & chips yang yummy.

Tower of London.

Tower Bridge.

One for the memory.


Tiba masa untuk balik ke hotel semula, kami berjalan ke tube station dan berhenti di port yang menarik perhatian. Biasa la makcik bila nampak pokok bunga tetiba teringat pokok-pokok di halaman sendiri sambil snap gambar sekeping dua buat kenangan.


Red rose.

White rose.


Kemain makcik nak snap gambar bunga.😂

Kami tiba di hotel semula dalam pukul 3 petang, cukup masa untuk check-in. Hubby beli air dan sandwic dari Costa Coffee machine yang terletak di lobi hotel buat bekal malam nanti. Semoga mendapat tenaga untuk aktiviti seterusnya. Aamiin.🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian. 😊

No comments:

UK Trip 2025: Sheffield-Manchester

Sabtu, 20hb September 2025   Hari ini hari ke-7 kami di UK. Walau dah seminggu saya masih lagi jet-lag dan bangun awal pagi. Hari ini terjag...