Tuesday, 23 September 2025

UK Trip 2025: KLIA-LHR

Sabtu, 13hb September 2025

Untuk kesekian kalinya hubby ajak bermusafir lagi. Kebetulan anak no-2 akan menghadiri ujian kepakaran di Sheffield, UK maka ayuhlah kita ikut sekali sambil memberi sokongan moral. Sementara masih sihat dan bertenaga diusia pencen ini, kita gunakan nikmat kesihatan yang Allah kurniakan sambil melihat negara orang. 

Kali ini kami travel light. Saya dan hubby hanya membawa satu luggage sederhana dan satu hand carry sahaja. Dan pada hari yang ditetapkan kami turun dari rumah selepas solat Asar dan solat Musafir. Kebetulan anak bongsu pun pulang bercuti maka penuh sekampung pakat menghantar Ummi ayah di airport.

Cukup persalinan untuk 12 hari di perantauan.

Anak menantu dan cucu-cucu dah sedia menunggu di KLIA sambil booking meja untuk makan malam.

Sentiasa berebut nak pegang sicilik Ayana.

Dengan sebahagian anak menantu dan cucu. (Gambar full house tiada dalam simpanan).

Dengan besan (ibunda menantu no-2).

Anak menantu bongsu semangat menghantar Ummi ayah sebab depa bakal terbang ke Jepun dan hanya dapat bertemu semula lagi 6 bulan. 

Muka masih bertenaga sementara menunggu panggilan masuk.

Dah boarding… muka barai dan mengantuk.

Kami ambik flight MAS terus ke London, berlepas dalam pukul 11:45 malam dan tiba di London Heathrow Airport pada pukul 6:00 pagi local time (1:00 tengahari waktu Malaysia). Alhamdulillah sempat solat Subuh dalam flight sebelum turun. Urusan imigresen pun sangat laju. By pukul 7:00 pagi kami dah siap sedia duduk di meja untuk sarapan di Costa Coffee Heathrow Airport Teminal 4.

Kita sarapan dulu.

Usai sarapan kami simpan luggage di Hotel Premier Inn, Heathrow sebelum tiba waktu check-in pada pukul 3 petang nanti. Sementara ada masa selama 6 jam, kami habiskan masa berjalan-jalan sekitar London dahulu. Kami beli Oyster Card untuk anak menantu di vending machine yang disediakan. Saya cuma perlu top-up menggunakan kad sedia ada yang masih berbaki £7. 

Cuaca pagi ini agak baik dengan suhu sekitar 16 degree. Kami menghabiskan masa dengan berjalan-jalan di sekitar Westminster dan Tower Bridge dan balik ke hotel semula pada pukul 2:30 petang. Usai daftar masuk hotel, tibalah masa untuk berehat. Semoga Allah kurniakan kesihatan untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

UK Trip 2025: KLIA-LHR

Sabtu, 13hb September 2025 Untuk kesekian kalinya hubby ajak bermusafir lagi. Kebetulan anak no-2 akan menghadiri ujian kepakaran di Sheffie...