Friday 11 October 2024

Masalah paip bocor lagi

Sebelum terbang ke UK pada awal tahun baru-baru ini saya setelkan semua bayaran bil (terkini) Unify, Astro, letrik dan air serta yang lain-lain mengikut masa yang ditetapkan. Semua bil adalah mengikut kadar kegunaan biasa untuk saya dan hubby. Tapi bila melihat bil air yang melambung sehingga melebihi RM1200, memang makcik terkejut beruk. Belum pernah lagi bil air sebanyak itu. 

“Badak berendam ke apa…?”

Saya mula syak ada kebocoran bila tengok meter air masih berjalan walaupun saya dah tutup semua pili air yang ada. Even dah tutup paip utama ke tangki pun meter air masih berjalan dengan laju. Terpaksalah saya main buka-tutup-buka-tutup pili utama di luar rumah. Jenuh pulak nak kena buka-tutup-buka-tutup setiap kali nak guna air. 

Akhirnya saya call SYABAS dan depa bagi beberapa nombor talipon untuk dihubungi. Alhamdulillah respon mereka sangat baik. Esoknya terus depa datang buat pemeriksaan. Akhirnya komfem memang ada kebocoran paip di bawah tanah.

Meter air tetap berjalan laju walau semua paip air sudah di tutup.

Mula-mula depa cuba tutup paip stopcock utama ke tangki atas. Tapi stuck pulak. So terpaksa ganti stopcock baru. Memang sah ada kebocoran paip bawah tanah. Setelah berbincang apa yang patut akhirnya saya bersetuju untuk buat bypass sahaja. Kalau tidak, terpaksa korek lantai mozek untuk mencari punca kebocoran.

Namun, masalah utama adalah saya akan terbang ke London dalam beberapa hari sahaja lagi. Payah jugak kalau dibiarkan paip bocor semasa saya tiada di rumah. Saya pulak kurang percaya kalau orang buat kerja di rumah tanpa kehadiran saya. Almaklumlah makcik ni suka nak mengikuti perkembangan dan hasil kerja depan mata.

Depa buka stopcock yang dah rosak pada paip utama ke tangki (yang berada di atas bumbung)

Pasang stopcock baru., tapi tidak digunakan pun bila buat bypass nanti.

“Akak kena percaya kat kami jelah…” Mudah sangat depa bagi solusi bila saya katakan kemungkinan tidak sempat melihat kerja-kerja mereka kerana saya akan terbang ke UK dalam masa terdekat. Tapi akhirnya atas dasar kepercayaan, maka saya biarkan mereka buat kerja walau dengan berat hati. Padahal boleh je kalau saya nak tutup paip utama selama dua bulan ketiadaan saya. Lepas saya balik nanti baru mulakan kerja-kerja pembaikan. Tapi itulah… dah namanya atas dasar percaya, maka kita percaya sahaja. Saya bayar deposit separuh harga dan depa mula bekerja sehari selepas saya terbang.

Malam, selepas balik kerja, anak no-3 singgah untuk melihat perkembangan hasil kerja mereka siang tadi. Memang banyak cacat-celanya, tidak seperti apa yang dijanjikan. Depa cuma potong batang paip besi pada meter bacaan dan buat sambungan dengan paip PVC dan sambung ikut luar pagar terus ke belakang rumah dan naik ke tangki. Kerja pun nampak sangat tidak profesional dan sloppy. Berdasarkan gambar-gambar yang dihantar oleh anak no-3 saya terus contact pakcik plumber tu dan minta dia ubah dan buat semula apa yang patut. 

“Pasang ikut luar pagar senang sikit kak, kalau ikut dalam banyak nak kena tebuk tebuk…” Begitulah… nak senang kerja depa je, padahal sebelum buat kerja bukan main lagi janji itu ini. Malangnya semua main cakap mulut je, tiada perjanjian hitam putih. Saya pulak lurus bendul, main percaya sahaja konon nak tolong bangsa sendiri. Saya memang panas hati, tapi apa nak di kata, kita berada jauh di perantauan, terpaksalah bersabar dan berpuas hati yang apa yang ada.

Nampak buruk bila ada tunggul besi begitu.

Laluan di luar pagar.

Paip air ke tangki pun di luar rumah…macam bodoh je.

Paip naik melintang di belakang rumah…memang hodoh.

Esoknya, depa repair dan ubah semula kedudukan yang menyakitkan mata saya. Alhamdulillah mereka mengikut arahan tapi depa hanya ubah benda-benda yang mudah bagi mereka sahaja. Paip air itu tetaplah melalui luar pagar, tidak seperti yang dijanjikan. Lagipun jenuh pulak nak ubah laluan paip air dari luar ke dalam pagar. Maka bertabahlah makcik dengan penuh kesabaran.

Depa tebuk dan buat sambungan baru dan letak kepala paip dalam rumah.

Batang paip pun dah disambung mengikut laluan keliling tepi dinding.

Batang paip melalui tepi atas bumbung.

Entahlah… hingga kini saya masih panas hati dengan kerja-kerja mereka. Dan bila bukak paip waktu tengahari, air yang keluar tersangatlah panas kerana melalui paip yang terdedah direct kepada hawa panas mentari. Oleh kerana sinki dapur dan bilik air di tingkat atas menggunakan air direct, maka perlu berhati-hati setiap kali nak buka paip takut air panas melecur terutama bila cuaca panas. Sebelum ini suhu air biasa sahaja sebab paip melalui bawa tanah. 

Tak pasti di mana silapnya. Setiap kali saya berurusan dengan bangsa sendiri, setiap kali jugak darjah kesabaran saya terpaksa ditingkatkan. Apa-apa pun, kita terima sahaja takdir yang kita pilih. Jumlah kos yang dikenakan adalah sebanyak RM2500. Mudah-mudahan Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Thursday 10 October 2024

Sarapan @ TGSK, Bukit Antarabangsa.

Setelah beberapa lama berkira-kira untuk bersarapan di kedai viral berdekatan rumah akhirnya tercapai hajat bila anakanda putri bongsu pulang bercuti baru-baru ini.

"Jom Nina teman Ummi makan. Lepas tu leh jenjalan..."

Depa bukak untuk sarapan dari pukul 7 pagi hingga 12 tengahari. Macam-macam juadah ada. Kena pi tengok baru tahu. 

Untuk first time ni saya ambik menu nasi dagang Ganu lauk ikan aye. Boleh la... kena dengan tekak.

Muka puas hati seorang makcik.

Kali kedua saya bawa anakanda no-3 dengan menantu dan cucu sekali. Kali ini kita cuba laksam pulak. Alhamdulillah, kena dengan tekak saya. Sedap.


Cucu nan seketoi.

"Bila nak ajak ayah pulak?"

Dan hari ini kita ajak hubby singgah sarapan sebelum meneruskan aktiviti mengopi sambil buat kerja di Datum Jelatek. Kali ini kita cuba laksa Johor pulak. Juga sedap.

Laksa Johor.


TGSK Kuala Lumpur, ala-ala kedai makan di pinggir hutan.

Alhamdulillah setakat ini semua menu yang ada sesuai dengan tekak saya. Lain kali kita cuba yang lain pulak. 

Sekian.😊

Wednesday 9 October 2024

Kenduri @Plaza Alam Central & dinner @ Cyberjaya

Setiap kali pergi kenduri sahabat handai kita akan cipta momen-momen indah. Walau dah dua bulan berlalu tetap kita simpan buat kenangan. 

3hb Ogos 2024, kami menghadiri kenduri kawen anak kepada sahabat saya sejak dari sekolah menengah hingga melanjutkan pelajaran di luar negara. Depa buat di Dewan Majika, Plaza Alam Central, Shah Alam. Alhamdulillah ramai batch kami (Class of 1984) yang datang memeriahkan majlis. Rasanya satu dewan tu penuh dengan kawan-kawan MRSM KB (mak pengantin) dan MRSM KULIM (bapa pengantin). Dah macam sesi reunion pulak. Dan seperti biasa saya hanya bersembang dengan kawan-kawan yang duduk semeja dan meja sebelah-menyebelah sahaja. Yang lain-lain tu kita hanya hai-hai dan senyum dari jauh.

Doorgift, sebotol madu asli daripada tuan rumah.

Tuan rumah (mak pengantin) yang anggun.

Antara sahabat Gojezes dari MRSM KB’84.

Usai kenduri kami meneruskan perjalanan dengan rutin mingguan melawat cucu terchenta di Cyberjaya. Tak sah tanpa acara makan-makan maka kita singgah dinner di Restoran Arab, Cyberjaya sebelum singgah solat Maghrib di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya.

Family photo (walau tak cukup quorum) adalah wajib.

Depan perkarangn masjid, one with cucu nan seketui.

Tak sedar seharian di jalanan, ayuhlah kita pulang. Kami tiba di rumah semula selepas pukul 10 malam. Bukan main lagi dua orang makcik pakcik pencen berjalan dari pagi hingga ke malam. Mudah-mudahan Allah kekalkan kesihatan hingga ke akhirnya. Amiin.🌹

Sekian cerita yang dah tersimpan lebih dua bulan.😊

Sunday 6 October 2024

Menu simple sepanjang hari (hujan)

Semalam seharian hujan turun sejak pagi membawa ke petang. Sekejap lebat, sekejap reda, sekejap guruh dan sekejap lebat semula. Maka banyaklah perancangan outdoor yang terpaksa ditunda. Dan seperti biasa bila duduk dalam rumah, aktiviti makan-makan akan bertambah. Asalnya nak keluar sarapan berdua-duaan tapi bila keadaan tak mengizinkan maka kita proseslah apa yang ada di dapur. Bukak kabinet stor makanan, bukak peti ais maka terhasil mihun goreng simple untuk sarapan dua orang makcik & pakcik pencen.

Baki mihun…dah tinggal separuh baru teringat nak ambik gambar.

Asalnya nak keluar lunch bagi menggantikan sarapan di luar yang tertunda tadi… tapi masih jugak ada halangan maka makcik ulang balik kreativiti pagi tadi. Kita masak menu simple sahaja sambil meneruskan kerja-kerja rumah yang tak pernah selesai.

Sayur bayam tumis air.

Bakar ikan atas kuali.

Ikan bakar simple is done.

Ayuh lah kita menjamu selera laki-bini.

Asalnya nak keluar dinner, tapi tetaplah di tunda juga dek hujan yang tiada harapan untuk reda. Maka kita teruskan dengan menu simple yang lain pulak. Kali ini saya hanya buat sandwic roti dengan tuna dan megi kari. Alhamdulillah semua dah selamat masuk perut sebelum sempat nak ambik gambar. 

Apa-apa pun tetaplah kita bersyukur dengan segala rezeki yang Allah kurniakan. Paling penting adalah nikmat kesihatan dan selera makan yang tidak memilih apa sahaja yang terhidang di depan mata. Semoga Allah kekalkan kesihatan hingga ke akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Saturday 5 October 2024

Kenduri @The Agam

27hb Julai 2024

"Kita gerak pukul 10.30 pagi ye, dari Rumah Yah..." 

Pada hari yang dijanjikan, hubby bermurah hati drop saya di rumah sahabat yang akan turut sama ke majlis kenduri di The Agam, Damansara. Kami pergi berempat, car pool satu kereta girls only tanpa suami masing-masing. Dan bila dapat visa keluar bersama teman-teman sehati sejiwa haruslah kita ambik peluang bersantai-santai hingga habis waktu. Kami tiba di tempat kenduri dalam pukul 11.15 pagi. Ada beberapa sahabat sudah tiba dan kami duduk semeja dengan dua tiga meja yang lain juga.

Sebelum itu kita bergambar dulu dengan tuan rumah sebelum suasana kalut dengan para tetamu. Depa buat outdoor, tema garden wedding.

The host (in blue).

Usai makan dan berborak kita pusing keliling kawasan Agam untuk mencari port lepak dan bergambar.

Dalam dewan menunggu.

Tepi kolam.

Us.


Bunga rampai, boleh ambik dan bungkus sendiri.

The bride and groom.

The extras.

The main dish.

The place.

Alhamdulillah, bukan main lagi makcik-makcik enjoyed ourselves dan menggunakan sebaik mungkin peluang berjumpa kawan-kawan. Semoga ukhuwwah berpanjangan. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Masalah paip bocor lagi

Sebelum terbang ke UK pada awal tahun baru-baru ini saya setelkan semua bayaran bil (terkini) Unify, Astro, letrik dan air serta yang lain-l...