Wednesday, 24 July 2024

Cerita lelemak kolestrol (2) & Kesan sampingan ubat kolestrol.

Saya memang suka makanan berlemak. Dari kecik lagi saya suka makan bubur kacang. The best ever bubur kacang haruslah dari hasil tangan nenek saya. Selain itu saya suka bubur jagung, tapi not as good as bubur kacang. Kadang-kadang nenek akan buat pengat ubi kayu, keladi dan keledek. Semua bahan adalah hasil dari kebun di kampung. Yang saya ingat, nenek hanya perlu beli gula dan garam. Bahan lain semuanya segar dari ladang.

Bila dah besar dan mula kenal dunia, saya mula makan kek terutama yang ada icing. Kalau diberi peluang saya akan ambik kek bahagian corner lot yang paling banyak krim dan icing. Saya juga suka makan coklat dan pastri. Dan best ever pastry adalah apple turnover yang ditambah krim di atasnya. 

Saya juga suka teh tarik. Sehari saya boleh hidup dengan bergelas-gelas teh tarik. Paling best, teh tarik mamak, paling buruk pun saya akan tarik sendiri. Least, saya bancuh teh kaw-kaw dengan susu pekat sahaja. Saya jarang minum kopi. Untuk kopi saya hanya serasi dengan Starbuck. Setiap kali masuk kedai saya akan ambik frappe yang ditambah krim dan ditabur kacang almond. Itu cerita dulu, sebelum depa buat hal. Sekarang saya dah tak jejak kaki ke sana lagi. Dan saya pun dah kurang minum kopi sebab tiada yang setanding dengannya.

Antara penyumbang lelemak dalam badan.

Bila sambung belajar ke luar negara saya suka minum susu segar dan fresh orange. Setiap hari kami akan order susu segar yang dihantar dari rumah ke rumah dengan lori. Depa akan letak di hadapan pintu rumah seawal jam 5 pagi. Bila buka pintu pagi-pagi akan disambut dengan dua botol susu segar dan fresh orange. Saya juga suka makan coklat tapi yang brand tertentu sahaja sebab kalau salah brand saya akan sakit kepala. Saya juga suka makan cheese. Biasanya saya akan ratah begitu sahaja. Masa dulu saya tiada masalah berat badan. Saya boleh makan apa sahaja tanpa risau perkembangan badan dan sentiasa maintain 45-50kg. Bila dah berhenti beranak dan dapat tidur malam-malam dengan tenang barulah berat badan saya mula naik secara perlahan-lahan dan shoot-up bila saya memasuki fasa menopos. Mungkin disebabkan oleh lelemak makanan dalam badan saya selama ini yang menjadi sleeping tiger mula bangun dan mengganas menyebabkan bacaan kolestrol saya kurang cantik. Doktor mengesyorkan saya ambik Lipitor 20mg memandangkan bacaan kolestrol saya asyik menaik sahaja walaupun baru mencapai angka 7 mmol/L.  Takut-takut lelemak tepu tu sudah mendap pada jantung saya, katanya. Kesannya, saya mengalami sakit sendi dan muscle sepanjang bulan pertama pengambilan ubat ini. Mungkin kesan sampingan, katanya. Alhamdulillah, masuk bulan kedua, kesan sampingan sudah mula berkurangan dan bacaan kolestrol saya sudah turun kepada 4.16 sahaja. Atas saranan doktor, saya teruskan pengambilan ubat ini sambil meneruskan gaya hidup sihat. 

Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Amiin. 🌹

{Cerita tentang bacaan kolestrol tinggi boleh baca di sini}?

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...