Wednesday, 31 July 2024

Urut badan dan Foot patch

Beberapa hari selepas buat urutan Thai baru-baru ini mudah pulak badan saya masuk angin. Masuk pulak bukan sikit-sikit. Ada sekali tu badan dah rasa macam nak terbang. Saya terpaksa duduk diam-diam sorang-sorang taking my own time untuk menghadapi ‘ujian’ ini. Saya buat self massage dengan segala kepakaran. Biasanya saya akan urut sendiri di mana-mana tempat (titik) yang terkesan. Kadang-kadang saya guna teknik reflexology, kadang-kadang saya gunakan teknik yoga. Tapi selalunya saya gunakan teknik suka hati syok sendiri. Asalkan ianya memberi kelegaan saya tibai sahaja picit dan urut (sendiri) mana yang patut menggunakan mesin urut mini. 

Mesin urut mini.

Selain itu saya juga memakai foot patch yang anak no-4 belikan sebagai souvenir masa depa bercuti di Thailand baru-baru ini. Saya pernah pakai foot patch ini lama dahulu. Setakat ini ianya memberi kesan yang positif. Walaupun kata orang ianya hanyalah kesan saikologi sahaja, tapi saya tetap percaya kepada keberkesanannya. Yang penting, (saiko tak saiko), bila pakai foot patch sebelum tidur, saya rasa lebih sihat selepas bangun pagi.

Foot patch dan salt scrub dari Thailand. Salt scrub itu nanti kita bawa pergi hotel dan mandi berendam dalam bathtub.

Kesan tindakbalas pada foot patch, hasil pemakaian sepanjang malam.

Kini selepas lebih dua minggu badan saya dah kembali kepada keadaan biasa, mungkin lebih baik/sihat. Sakit-sakit akibat urutan Thai dulu pun dah hilang. Badan pun rasa lebih segar dan bertenaga (cara orang tua) dan dapat membuat kerja-kerja rumah dan berkebun dengan jayanya. Semoga Allah kurniakan kesihatan yang baik hingga akhirnya. Amiin.🌹

{Cerita tentang urutan Thai boleh baca di sini}.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...