Thursday, 11 July 2024

Mihun sup

Masa mengandung dahulu saya jarang mengidam benda pelik-pelik. Of course la ada fasa kita teringin nak makan sesuatu yang special. Tapi sejak kecil saya diajar untuk menahan keinginan sehingga betul-betul mampu, maka bila saya mengidam apa-apa pun seboleh mungkin saya cuba menahan diri dari menyusahkan orang lain. 

“Hang, kalau nak apa-apa, usaha sendiri. Jangan dok bergantung kat orang…” Itu pesan ayah yang saya pegang hingga kini. Dan entah kenapa baru-baru ini saya sangat teringin nak makan mihun sup Utara. Nak buat sendiri tak mampu (padahal malas sebenarnya), maka kita bersabar sahaja hingga ke suatu masa yang entah bila. Kebetulan minggu lepas saya menemani hubby ada urusan di Ayer8, Putrajaya maka saya bercadang untuk mencari mihun sup sambil me-time di tepi tasik sementara depa selesai berurusan. Tiba-tiba pulak anak no-4 bermurah hati datang all the way dari Nilai untuk menemani bonda, ditambah lagi dengan anak no-2 yang turut menyinggah lepas balik dari kerja di Kajang, maka kita raikan kemeriahan hidup bersama anak-anak, the more the merrier.

One for the memory sebelum hubby meneruskan urusan.

Port biasa bila ke Ayer8.

“Kita makan kat MyViets lah. Amin belanja.” Saya tak pasti anak no-4 ini ke yang belanja atau anak no-2 yang bayar. Apa-apa pun, pepandailah depa bincang adik-beradik. Yang penting, kita dapat duduk berborak anak-beranak bagai tiada hari esok sambil menghirup sup panas.

Pilihan saya: Chicken noodle soup with prawn and crab. 

Bersama anak no-4, menantu dan anak no-2. Orang dah kemas meja pun kita duduk berborak lagi.

Banyak isu yang diborakkan. Sedar tak sedar hari dah menghampiri waktu Maghrib. Oleh kerana kawasan Ayer8 ini berada dalam kawasan zon merah wabak denggi maka kami beransur balik ke rumah anak no-2 di Tamara Residense dan sambung berborak lagi sementara menunggu waktu untuk pulang ke rumah masing-masing.

Walaupun masih belum dapat menikmati mihun sup utara yang sebenar, tetaplah kita bersabar menunggu hingga tiba waktunya. Semoga kita sentiasa dibawah perliharaan Allah. Amiin.🌹

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...