Monday, 1 July 2024

Tampal & cuci gigi hubby

Dah beberapa hari hubby dok mengadu gigi tak selesa. Maka pada suatu hari Jumaat yang mulia kami ke klinik gigi di Greenwood. Klinik gigi ini pun dah jadi macam family clinic. Sejak dari anak sorang hingga dah bercucu, kami masih setia dengan klinik gigi nan satu ini. Tak kiralah siapa dentist yang bertugas, semuanya memberikan servis yang terbaik.

Kami keluar rumah seawal pukul 8:30 pagi dan tiba depan klinik sebelum pukul 9:00 pagi. Rupa-rupanya depa bukak pukul 9:30 pagi. Tak perlu gusar, kita duduk sahaja menunggu dalam kereta sambil menikmati apa yang ada online. By the time klinik dibuka kami menjadi orang pertama jumpa doktor. 


“Gigi agak panjang dan lubang pun agak dalam…” Sebenarnya gigi tu sudah lama bertampal tapi dah mula lekang dek peredaran masa. Doktor terpaksa cungkil semua tampalan lama dan cuci lubang untuk tampalan semula. Jenuh jugak nampak doktor nak cuci sisa-sisa lama, ambik masa lebih setengah jam jugak. Lepas dah buat tampalan doktor buat scaling dan cuci gigi pulak. Dah alang-alang pergi dentist, kita kasi setel apa yang patut. Depa caj RM30 untuk consultation, RM150 untuk scaling dan RM220 untuk cabut tampalan lama dan buat tampalan baru. Total RM400.

Usai urusan di klinik gigi kami teruskan perjalanan ke KL East. Dalam perjalanan terserempak dengan kemalangan motor dan lori. Saya sempat nampak seseorang terbaring atas jalan dikelilingi ramai orang yang datang menolong. Mudah-mudahan mereka dipermudahkan urusan.

Kemalangan di simpang masuk ke Sri Gombak.

Kami mengopi di Coffee Bean & Tea Leaves untuk kesekian kalinya. Lepas tu sambung beli groceries di Jaya Grocers sebelum hubby meneruskan solat Jumaat di masjid.

Smoked chicken sandwich.

Alhamdulillah selesai urusan untuk hari ini. Semoga kita didalam perliharaan Allah sentiasa. Amiin.🌹

Sekian cerita pada hari Jumaat, 28hb Jun 2024 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...